Jadual Bayaran STR 2025 : Tarikh Bantuan Mengikut Fasa

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

Jadual bayaran STR 2025 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam sidang bajet belanjawan tahun ini. Inisiatif sumbangan tunai rahmah ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada kategori tertentu dalam masyarakat Malaysia. Dalam masa yang mencabar ini, kerajaan Malaysia berusaha bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Tunai STR?

Bantuan tunai STR ini terbahagi kepada beberapa kategori penerima, termasuk golongan bujang, isi rumah, dan warga emas. Program bantuan ini dirancang untuk memberikan sokongan kepada lebih dari 9 juta penduduk Malaysia, memastikan bahawa tiada individu yang terpinggir dalam mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Manfaat Program Bantuan Tunai STR 2025

Bagi pengetahuan umum, program bantuan Sumbangan STR ini diberikan pada kadar sehingga RM2,500 setahun tidak termasuk bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan kewangan ini disalurkan kepada golongan B40, M40 dan miskin pada kadar yang telah ditetapkan.

Melalui sistem bantuan tunai STR, rakyat Malaysia akan mendapat manfaat yang signifikan dalam menghadapi kos sara hidup. Program ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan, tetapi juga memperkukuhkan jalinan sosial dalam kalangan masyarakat. Dengan fokus kepada kelompok yang paling memerlukan, inisiatif ini diharapkan dapat memberi sinar harapan dalam kehidupan mereka.

Jadual Bayaran STR 2025 Mengikut Fasa

Sebagai rujukan, berikut disediakan tarikh jadual rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2025 mengikut fasa :

  • STR Fasa 1 : Dikreditkan bermula 29 Januari 2025 (selesai)
  • STR Fasa 2 : Dikreditkan April 2025 tapi telah diawalkan pada Mac sebelum aidilfitri (selesai)
  • STR Fasa 3 : Ogos 2025 ( tarikh akan dikemaskini)
  • STR Fasa 4 : November 2025 (tarikh akan dikemaskini)

Info : Bayaran STR bagi fasa 1 dan 2 telahpun selesai disalurkan, kini berbaki pembayaran fasa 3 dan 4 sahaja bagi sesi 2025.

Semakan Status Bayaran STR & Kemaskini Maklumat

Sepanjang tahun ini rakyat boleh membuat pengemaskini maklumat terkini STR dan semakan status berapa nilai bayaran setiap fasa. Untuk butiran lengkap dan semak maklumat anda, sila layari laman web rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Info Lebih Lanjut

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan serta program inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan MADANI bagi mengurangkan beban penduduk. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh semak – SENARAI BANTUAN yang ada dan berkelayakan untuk dimohon pada tahun ini.

Leave a Comment