Program bantuan beli motorsikal pembiayaan sehingga RM10,000 telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini bagi membantu mereka yang berkelayakan memerlukan.
Terdapat pelbagai inisiatif dan kemudahan yang ditawarkan oleh agensi dibawah kerajaan pada tahun ini, salah satunya adalah bantuan beli motorsikal.
PROGRAM BANTUAN BELI MOTORSIKAL
Untuk makluman, terdapat sebuah skim yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional kepada warganegara Malaysia yang ingin membeli motorsikal atau baik pulih. Pihak TEKUN telah menawarkan program bantuan beli motorsikal sehingga RM10,000 melalui Skim pembiayaan TEKUN Mobileprenuer 4.0.
Skim khas ini pada dasarnya adalah merupakan inisiatif pembiayaan modal kepada usahawan dalam bidang perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal. Antara skim bantuan pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Pembelian motorsikal baru
- Baik pulih motorsikal
- Modal pusingan
KADAR BANTUAN PEMBIAYAAN
Bagi pengetahuan umum, kadar bantuan pembiayaan Tekun Mobileprenuer 4.0 adalah minimum RM1,000 sehingga maksimum RM10,000. Jumlah pembiayaan ditentukan kelayakan kategori permohonan yang dilakukan.
SYARAT DAN KELAYAKAN
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menyertai program bantuan beli motorsikal dibawah kendalian Tekun Nasional seperti di bawah :
- Ditawarkan kepada Warganegara Malaysia sahaja (Bumiputera/ India)
- Pemohon berumur 18 hingga 60 tahun
- Mempunyai/ memiliki lesen memandu yang sah (B1/ B2)
- Individu yang berstatus mulis tidak layak memohon
- Mempunyai kenderaan jenis motorsikal sendiri (Kategori baik pulih motorsikal dan modal pusingan)
- Mempunyai pelantikan yang sah dari syarikat e-hailing berdaftar
- Perlu mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motorsikal dari pembekal yang sah (Kategori membeli motorsikal baru)
- Terlibat secara separuh masa atau sepenuh masa dalam aktiviti perniagaan
- Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
CARA DAFTAR PERMOHONAN
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai skim program bantuan pembiayaan Tekun Mobileprenuer 4.0, permohonan boleh dikemukan pada bila-bila masa. Panduan lengkap cara permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi – TEKUN MOBILEPRENUER 4.0
INFORMASI LEBIH LANJUT
Kerajaan perpaduan telah melaksanakan pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan pada tahun ini bagi membantuk meringankan kos sara hidup rakyat yang memerlukan. Sila semak bantuan-bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk semakan info penuh.
Add comment