Mediaklik
STR Fasa Ke 4 : Kategori Tidak Layak Terima Bayaran Bantuan

STR Fasa Ke 4 : Kategori Tidak Layak Terima Bayaran Bantuan

Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah, STR Fasa ke 4 tidak akan melibatkan semua kategori yang akan menerima bayaran bantuan nanti.

Bagi makluman, hanya kategori isi rumah dan warga emas yang akan terlibat bagi pembayaran fasa terakhir yang dijadualkan pada bulan November 2023.

SEMAKAN STR FASA KE 4

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini akan dibayar secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran. Jadual bayaran STR 2023 adalah pada bulan Januari, April, Jun dan November tahun ini.

STR melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, isi rumah dan warga emas dan jumlah bayaran keseluruhan yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 tambahan RM600 bagi kategori miskin tegar. Buat masa ini STR fasa 1, 2 dan 3 telah selesai, berikut adalah semakan STR fasa ke 4 yang perlu umum ketahui maklumat ringkas.

KATEGORI TIDAK LAYAK TERIMA BAYARAN FASA 4

Berikut adalah 3 kategori yang tidak akan menerima bayaran bagi bantuan STR fasa ke 4 seperti di bawah :

  • Kategori isi rumah M40 (Pendapatan RM5,000) Tiada anak
  • Kategori isi rumah M40 (Pendapatan RM5,000) Mempunyai 1-2 anak
  • Bujang (21 – 59 tahun)

Kategori di atas tidak akan menerima sebarang bayaran bagi pemberian STR fasa terakhir pada bulan November nanti.

KATEGORI LAYAK & JUMLAH BAYARAN

Berikut adalah senarai penerima yang layak mengikut kategori dan jumlah yang diterima seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak : RM200
  • Bilangan tanggungan anak (1-2) : RM600
  • Bilangan tanggungan anak (3-4) : RM900
  • Bilangan tanggungan anak (5 ke atas) : RM1,200

KATEGORI ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan tanggungan anak (3-4) : RM300
  • Bilangan tanggungan anak (5 ke atas) : RM500

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM200

Maklumat diatas adalah kadar bayaran terakhir yang akan diberikan pada bulan November nanti bagi pemberian Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023.

SEMAKAN KEMASKINI RAYUAN STR

Semakan kemaskini dan permohonan rayuan dibuka sepanjang bulan ini sehingga 31 Julai 2023. Anda boleh membuat semakan dan bagi mereka yang berstatus tidak lulus STR fasa 3, anda boleh mengemukakan rayuan  sebelum hujung bulan Julai. Sila layari portal rasmi bantuan tunai – MySTR

INFORMASI LEBIH LANJUT

Untuk semakan senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk kalian dapatkan, sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment