Bantuan MySARA 2025 – Program ini menjadi salah satu inisiatif utama dalam usaha membantu golongan B40 dan miskin tegar di Malaysia. Dalam sesi kedua, bantuan ini akan disalurkan kepada rakyat bermula dari April hingga Disember 2025.
Dengan tujuan untuk meringankan beban ekonomi, program ini diharapkan dapat memberi sinar baru kepada penerima. Apa yang menarik adalah bantuan ini dikreditkan secara terus ke dalam Mykad penerima.
Bantuan MySARA 2025 Kini Untuk B40
Seperti sedia maklum, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) sebelum ini hanya diberikan kepada penerima STR berstatus miskin dan miskin tegar sahaja. Bermula April ini, golongan B40 dan bukan miskin juga akan menerima manfaat daripada program bantuan tambahan SARA ini.
Kini, inisiatif sumbangan Asas Rahmah dijangka memberi manfaat kepada lebih 5.4 juta penduduk Malaysia dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat menerima bantuan yang sewajarnya.
Dengan keprihatinan ini, diharapkan dapat menambah baik taraf hidup golongan yang memerlukan dan sekaligus mengurangkan kadar kemiskinan. Untuk mereka yang layak, proses pengkreditan secara terus ke dalam mykad automatik setiap bulan sehingga hujung tahun ini.
Perkara ini adalah bagi memastikan bantuan ini sampai kepada golongan yang berhak. Dengan bantuan MySara, menjadi harapan kita agar masyarakat B40 dapat merasa impak positif dari inisiatif ini.
Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah jumlah kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah mengikut kategori mulai April sehingga Disember 2025 :
- Keluarga / isi rumah (miskin & miskin tegar) : RM200 sebulan
- Keluarga / isi rumah (B40 & bukan miskin) : RM100 sebulan
- Warga emas (miskin & miskin tegar) : RM150 sebulan
- Warga emas (B40 & bukan miskin) : RM50 sebulan
- Bujang (miskin & miskin tegar) : RM50 sebulan
- Bujang (B40) : Tiada bayaran.
Semakan Status Penerima Bantuan MySARA Segera
Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, secara automatik anda layak untuk dapatkan manfaat daripada program bantuan tambahan ini. Untuk semak sama ada anda layak atau tidak, sila kunjungi laman web rasmi MySARA – https://www.mykasih.com.my/
Sekiranya layak, maklumat anda dan jumlah bayaran akan dipaparkan. Nilai amaun yang dikreditkan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.
Info Selanjutnya
Kerajaan Tempatan telah perkenalkan banyak lagi program bantuan dan kemudahan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Kepada yang terlepas pandang boleh cek – SENARAI BANTUAN yang ada dan boleh dimohon.