Skim perubatan Madani adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditawarkan pada tahun 2023 kepada rakyat Malaysia terutama bagi golongan B40 dan Miskin. Inisiatif ini telah diperkenal dan dilaksanakan bermula 15 Jun 2023 seluruh negara.
SKIM PERUBATAN MADANI 2023
Menerusi Skim perubatan Madani ini akan memberi manfaat kepada sekitar 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Perlaksanaan skim bantuan khas ini adalah bagi membantu rakyat mengatasi kesesakan pesakit di hospital kerajaan.
Skim ini merupakan sebuah inisiatif rintis oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40. Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam golongan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta yang berdaftar dibawah skim ini.
TEMPOH SKIM PERUBATAN MADANI
Program skim khas ini dilancarkan bermula 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
KADAR BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Berikut adalah jumlah manfaat mengikut kategori yang telah ditetapkan sehingga 31 Disember 2023.
- Kategori bujang : RM75
- Kategori Warga emas (Tiada pasangan) : RM125
- Isi rumah (Keluarga) : RM250
KELAYAKAN BANTUAN
- Penerima sedia ada STR 2023
- Golongan B40
- Kelayakan secara automatik (Tiada permohonan)
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Bantuan ini adalah secara automatik tanpa perlu mohon, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak mendapatkan manfaat dari skim bantuan khas ini. Untuk semakan status kelayakan, sila layari laman rasmi – SKIM MADANI
INFO LEBIH LANJUT
Selain bantuan perubatan, terdapat lebih banyak bantuan yang ditawarkan pada tahun ini kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan boleh dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.
Add comment