Program Pakej 5G Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat. Inisiatif istimewa ini telah dilancarkan bermula pada tarikh 31 Ogos 2023.
PROGRAM PAKEJ 5G RAHMAH
Untuk makluman, program khas pakej 5g rahmah ini telahpun dilancarkan dan boleh didapatkan oleh rakyat Malaysia pada bulan ini. Apa yang lebih menarik adalah pakej internet lebih murah berbanding pakej pasaran yang ditawarkan dalam inisiatif ini.
Menerusi Pakej 5G RAHMAH menawarkan 5G dan telefon pintar berharga RM240 dengan kelajuan data minimum 60GB serta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan bermula 31 Ogos. Rebat sebanyak RM10 sebulan dapat dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia melalui Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam bagi tempoh 12 bulan sehingga 31 Disember 2023.
KELEBIHAN PAKEJ 5G RAHMAH
Kini Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5G RAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240 ringgit. Pakej ini turut besertakan pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.
Selaku Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Fahmi Fadzil, berkata bagi golongan B40, sejumlah 100,000. Pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120. Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat pada waktu ini.
CARA DAPATKAN PAKEJ 5G RAHMAH
Kepada individu yang ingin membuat pembelian dan pendaftaran, pakej ini ditawarkan melalui 2 cara berikut:
- Bersemuka di pusat jualan telco
- Dalam talian secara online melalui sesawang telco yang terlibat seperti berikut :
Kepada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan pakej termurah berbanding lain, anda boleh menyertai inisiatif khas ini sebelum tarikh luput pada 31 Disember 2023.
INFO LANJUT
Terdapat lebih banyak inisiatif yang kerajaan telah sediakan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama kepada golongan B40 dan miskin tegar. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan boleh dimohon – RUJUK DISINI untuk informasi lengkap.
Add comment