Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menyambut baik keputusan pihak kerajaan untuk menambah baik bantuan dan insentif kewangan yang disediakan untuk majikan dan para pekerja.
Selaras dengan pengumuman tersebut, pihak PERKESO akan menambah baik insentif Pengekalan Pekerja dan Penggajian yang akan memanfaatkan pekerja serta individu yang hilang pekerjaan.
TEMPOH PERMOHONAN
Tempoh permohonan bagi bantuan insentif ini adalah:
- 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021
INSENTIF PROGRAM KERJAYAGIG
Insentif Pekerja
1. Program KerjayaGig menyediakan insentif kepada pekerja sehingga tempoh maksimum 6 bulan yang berdaftar di bawah PERKESO seperti berikut:
- RM600 sebulan
2. Kepada individu yang bekerja sendiri atau gig daripada kategori berikut adalah berkelayakan di bawah program KerjayaGig:
- Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO yang sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
- Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO diberhentikan kerja
- Pencari kerja dari golongan rentan (i.e Pencari kerja yang berdaftar di bawah e-Kasih)
- Menunjukkan pembuktian aktiviti pekerjaan 15 jam bekerja dalam seminggu bagi setiap bulan permohonan melalui Log Aktiviti Gig untuk menerima bayaran berikutnya.
- Melaporkan kepada pihak PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam
Insentif Majikan
Platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek akan menerima insentif secara one off bagi setiap pekerja iaitu :
- RM200
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah merupakan panduan melakukan permohonan bagi menerima insentif ditawarkan:
Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)
- Mengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
- Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja
- Hantar permohonan KerjayaGig melalui sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my
- Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada pekerja
- Majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari
Orang Bekerja Sendiri (OBS)
- OBS menerima emel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan
- OBS akan menerima bayaran yang pertama selepas membuat pengesahan
- Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya (mulai bulan kedua)
- OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my
Pihak kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta yang akan memanfaatkan 60,000 pekerja. Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan fleksibiliti pasaran buruh semasa terutamanya dalam sektor pekerjaan sendiri serta mengurangkan kadar dan tempoh pengangguran di negara ini.
Add comment