Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 : Semak Kadar & Tarikh Bayaran

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

Kerajaan Malaysia telah memulakan pelaksanaan pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk sesi 2025 secara berperingkat. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakyat yang tergolong dalam kategori bujang, warga emas, serta isi rumah dari golongan B40, M40 dan miskin.

Melalui program ini, kerajaan berhasrat untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka yang kurang bernasib baik.

BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Seperti sedia maklum, pengagihan bayaran Sumbangan tunai rahmah fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu. Bayaran seterusnya yang dikenal sebagai STR Fasa 3 dijadualkan untuk dikreditkan pada bulan Ogos 2025.

Pembayaran ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memberikan sokongan kewangan kepada rakyat, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar. Penerima yang layak akan mendapat notifikasi mengenai kelayakan mereka dan jumlah bantuan yang akan diterima.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR FASA 3

Antara kategori penerima yang akan mendapat manfaat daripada STR ini adalah individu bujang, warga emas dan isi rumah dari golongan B40 serta M40. Kerajaan mengekalkan tumpuan dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan dan memastikan bantuan sampai ke tangan yang betul.

Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan program ini, rakyat digalakkan untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka sebagai penerima bantuan. Program STR hanya berbaki 2 fasa pembayaran sahaja pada bulan Ogos dan November 2025.

KADAR & TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Buat masa ini bayaran STR fasa 3 akan disalurkan mengikut jadual asas pada Ogos nanti. Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan masyarakat.

Berdasarkan tahun lalu, berikut adalah jangkaan kadar bayaran fasa ketiga STR mengikut kelayakan kategori seperti di bawah ;

KATEGORI BERKELUARGA (PENDAPATAN RM2,500 SEBULAN)

  • Bilangan anak (0) : RM150
  • Bilangan anak (1-2) : RM350
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM650

BERKELUARGA (PENDAPATAN RM5,000 SEBULAN)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM300

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Belia bujang (21 tahun keatas) : RM150
  • Warga emas (60 tahun keatas) : RM150.

Nota tambahan : Bayaran diatas adalah tidak termasuk kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA), STR dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank. Manakala SARA dikreditkan ke dalam mykad setiap bulan sehingga Disember tahun ini.

KEMASKINI & SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN STR 2025

Sepanjang tahun ini kalian boleh membuat pengemaskini maklumat terkini dan semakan status bayaran STR setiap fasa. Panduan semakan telah disediakan seperti berikut ;

  1. Sila layari laman portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda perlu log masuk menggunakan no kad pengenalan serta kata laluan yang telah ditetapkan
  3. Tekan pada bahagian ‘Semakan Status Permohonan’
  4. Maklumat bayaran akan dipaparkan pada skrin
  5. Jika mempunyai sebarang perubahan, kemaskini maklumat boleh dibuat pada ruangan ‘Kemaskini’.

FASA 3 ADALAH BAYARAN TERAKHIR STR TAHUN INI?

Tidak, penyaluran bayaran STR tarikh pada tahun ini adalah pada bulan November 2025.

BERAPA JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025?

Jumlah keseluruhan bayaran STR tahun ini adalah sehingga RM2,500. Kadar ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak.

ADAKAH PERLU KEMASKINI MAKLUMAT?

Wajib jika anda ingin jumlah bayaran STR bersesuaian dengan status anda.

INFO LEBIH LANJUT

Kerajaan tempatan telah sediakan bermacam jenis program inisiatif berbentuk bantuan kewangan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh cek – SENARAI BANTUAN yang ada dan layak untuk dimohon.

Leave a Comment