Mediaklik
eMADANI : Bantuan eWallet RM100 Kini Sudah Dilancarkan

eMADANI : Bantuan eWallet RM100 Kini Sudah Dilancarkan

eMADANI : Bantuan eWallet RM100 kini sudahpun dilancarkan bermula 4 Disember 2023 seluruh negeri dan boleh ditebus secara percuma. Inisiatif istimewa ini merupakan pemberian bantuan atas keprihatinan kerajaan perpaduan kepada rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas.

eMADANI : BANTUAN EWALLET RM100

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan bantuan etunai pada tahun ini, kali ini diberikan kepada golongan dewasa pula berbanding jun lalu diberikan kepada mahasiswa melalui eBeliarahmah. Inisiatif program ini melibatkan kerjasama dengan pelbagai penyedia perkhidmatan e-wallet dan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pembayaran digital di Malaysia​​​​.

Pemberian kredit e-Wallet RM100 ini adalah sebahagian daripada program eMadani yang diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia. Program ini memberikan RM100 dalam bentuk kredit e-wallet kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Objektif utama program ini adalah untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat. Kredit ini tidak boleh ditukar menjadi wang tunai tetapi boleh digunakan untuk transaksi melalui e-dompet​​​​.

KRITERIA KELAYAKAN TUNTUT BANTUAN EWALLET RM100

  1. Untuk warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur pada tahun ini 21 tahun dan keatas
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)
  4. Pendapatan setahun dibawah RM100,000
  5. Kategori B40 dan M40

TARIKH TUNTUTAN EMADANI (EWALLET RM100)

Bagi pengetahuan umum untuk claim kredit eMadani, warganegara Malaysia yang layak perlu mengikuti proses pendaftaran dan tuntutan yang ditetapkan. Proses ini bermula pada 4 Disember 2023 dan ditutup pada 20 Februari 2024, amaun tersebut perlu dibelanjakan sebelum 29 februari.

CARA CLAIM KREDIT EWALLET RM100 SECARA PERCUMA

Setiap pengguna perlu memuat turun salah satu aplikasi e-wallet yang terlibat dalam program ini. Bagi pengguna baru, proses verifikasi identiti mungkin diperlukan. Melalui sistem Know-Your-Customer (eKYC) yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan e-wallet yang terlibat.

Sila claim kredit percuma ewallet melalui aplikasi edompet pilihan masing-masing seperti dibawah.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah menyediakan banyak inisiatif khas berbentuk bantuan tunai kepada rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan miskin tegar. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon – KLIK DISINI untuk semakan penuh maklumat.

Add comment