Pembayaran Bantuan Tunai STR fasa 1 bagi sesi tahun 2024 akan dipercepatkan bermula 29 Januari 2024 secara berperingkat. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada hari ini.
PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI STR
Pihak Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bermula Isnin hadapan kepada penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan. Hal ini telah dimaklumkan dan dilaksanakan secara berperingkat sehingga selesai.
Pemberian bantuan STR itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Ianya akan dilakukan secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing mulai 29 Januari ini.
Hingga setakat ini, seramai 8.2 juta individu layak telah berdaftar untuk STR 2024. Namun angka itu dijangka naik hampir sembilan juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun berbanding tahun lalu.
KADAR PEMBAYARAN STR FASA 1 MENGIKUT KATEGORI
Telah dimaklumkan, kadar bayaran fasa pertama bantuan tunai STR adalah sehingga maksimum RM500. Kategori isi rumah B40 menerima RM500, isi rumah M40 RM100 – RM300, manakala bujang RM100 dan warga emas RM150.
Kepada penerima sedia ada STR, semakan status bayaran boleh dilakukan secara online bermula isnin ini. Untuk semak status sila layari laman utama Sumbangan Tunai Rahmah – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Info tambahan : Pada tahun ini kerajaan pusat telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan-bantuan terutama insentif kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh cek senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang boleh dimohon – RUJUK DISINI untuk maklumat lengkap.
Add comment