Mediaklik
Bantuan Ewallet RM300 Untuk Pendapatan Dibawah RM5,000

Bantuan Ewallet RM300 Untuk Pendapatan Dibawah RM5,000

Bantuan Ewallet RM300 sebulan kini dibuka untuk mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM5,000 pada tahun ini.

Bagi mengurangkan beban kewangan rakyat, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan khususnya untuk mereka yang memerlukan.

Bantuan Ewallet RM300 Sebulan

Kerajaan negeri telah menyediakan sebuah program inisiatif dalam bentuk bantuan ewallet pada tahun ini khusus untuk golongan M40 dan B40 yang menepati kriteria kelayakan. Kadar bantuan disalurkan pada jumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.

Pada tahun lalu, sekitar 30 ribu buah keluarga telah menerima manfaat daripada bantuan edompet bulanan ini secara menyeluruh. Amaun yang diberikan dalam bentuk kredit ewallet ini boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

Faedah Bantuan Ewallet RM300 Tahun 2024

Antara manfaat dan faedah bantuan khas ewallet ini adalah seperti ;

  • Dikreditkan bantuan ewallet pada kadar RM300 setiap bulan
  • Amaun edompet boleh digunakan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar
  • Transaksi pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  • Kredit eWallet akan ditambah secara automatik kepada RM300 bulan berikutnya
  • Amaun perlu digunakan kerana baki tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

Syarat Kelayakan Baharu Bantuan Ewallet 2024

Kerajaan negeri telah mengeluarkan syarat kelayakan yang baharu bagi permohonan bantuan Ewallet Bingkas berkuat kuasa bermula 1 Jun 2024 seperti berikut :

  1. Pemohon merupakan Rakyat Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM5,000
  3. Keluarga/ isi rumah yang mempunyai sekurang-kuranya 2 tanggungan berumur 18 tahun kebawah
  4. Pengundi berdaftar
  5. Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.

Semakan & Panduan Mohon Bantuan

Kepada mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dilakukan bagi mendapatkan manfaat bantuan istimewa ini. Untuk rujukan penuh dan panduan mohon, sila layari pautan rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program bantuan khas ewallet ini, anda boleh hubungi talian khas bantuan di – 1 800 22 6600 atau rujuk di laman rasmi Bingkas diatas.

Info Lebih Lanjut

Bagi mereka yang terlepas pandang, sebenarnya lebih banyak inisiatif telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu ringankan beban rakyat. Semakan SENARAI BANTUAN yang ada boleh dibuat dan mohon jika ianya memenuhi kelayakan.

Add comment