Mediaklik
YAWAS : Bantuan Sumbangan RM500 Setiap Seorang

YAWAS : Bantuan Sumbangan RM500 Setiap Seorang

YAWAS : Bantuan sumbangan RM500 setiap seorang ditawarkan melalui program iltizam kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif bagi membantu golongan sasar yang memerlukan pada tahun ini.

Bantuan Sumbangan RM500 YAWAS

Kepada yang tidak tahu, kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah skim program khas dikenali sebagai iltizam anak Selangor pada tahun 2022. Program dibawah kerajaan negeri ini merupakan skim bantuan dibawah jenama iltizam Selangor penyayang dan menyasarkan 30 ribu anak-anak yang baru lahir bermula tahun 2022.

Kepada setiap keluarga yang lulus permohonan, bayi yang lahir akan dibukakan sebuah akaun simpanan skim pendidikan nasional (SSPN) dan akan menerima kredit pada nilai RM100 setahun. Bayaran bantuan khas ini akan dikreditkan setiap tahun sehingga tempoh 5 tahun dengan jumlah RM500.

Syarat Kelayakan Bantuan Sumbangan RM500

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telahpun ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi permohonan bantuan ini seperti ;

Syarat Penjaga / ibu bapa

  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di negeri Selangor
  • Pengundi berdaftar

Syarat anak

  • Bantuan ini ditawarkan khusus kepada anak-anak kelahiran tahun 2022 dan keatas
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor sahaja
  • Sedang menetap di Selangor.

Cara Daftar Permohonan Bantuan RM500 Iltizam

Untuk mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat sepanjang tahun ini bagi mendapatkan insentif tambahan yang ditawarkan secara percuma ini. Cara mohon dan butiran lengkap sudah disediakan, untuk rujukan sila layari pautan rasmi – Bantuan YAWAS

Demi memudahkan urusan pentadbiran membuat semakan permohonan, pemohon wajib sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti ;

  1. Salinan kad pengenalan (IC) ibu bapa / penjaga yang sah
  2. Salinan sijil lahir anak
  3. Salinan daftar undi yang sah
  4. Salinan surat akuan berkanun/ sijil angkat
  5. Salinan akaun sumpah (kategori hubungan selain ibu bapa kandung atau angkat).

Informasi Lebih Lanjut

Bukan ini sahaja, banyak lagi program bantuan telah diperkenalkan dan ditawarkan oleh agensi di bawah kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan. Untuk lebih lanjut, sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda memohonnya.

Add comment