Mediaklik
SARA : Sumbangan Asas Rahmah ~ Jadual & Jumlah Bantuan

SARA : Sumbangan Asas Rahmah ~ Jadual & Jumlah Bantuan

SARA : Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah yang dilaksanakan pada tahun ini. Semakan jadual dan jumlah bayaran bantuan SARA telah dikongsikan di halaman ini sebagai rujukan umum.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Kerajaan pusat telah memperkenalkan dan melancarkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini dan diberikan hanya kepada penerima sedia ada bantuan tunai STR sahaja. Pemberian insentif tambahan ini disalurkan secara automatik kepada mereka yang layak tanpa perlu kemukakan permohonan.

Sekitar 600,000 penerima STR berkelayakan untuk dapatkan manfaat daripada bantuan tambahan sumbangan asas rahmah bagi sesi tahun 2024. Kadar jumlah bayaran keseluruhan bantuan SARA ini telah ditetapkan bermula daripada RM150 sehingga RM1,200 setahun.

Amaun yang diagihkan adalah tertakluk kepada kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak setiap isi rumah. Pada tahun ini bukan sahaja miskin tegar, penerima STR bukan berstatus miskin juga akan menerima insentif ini.

Jumlah Bayaran Sumbangan Asas Rahmah Mengikut Kategori

Berikut adalah jumlah bayaran bantuan SARA yang akan dikreditkan kepada penerima STR yang berkelayakan mengikut kategori seperti dibawah;

Kategori miskin & miskin tegar

  • RM1,200 : Penerima STR bagi kategori isi rumah & warga emas
  • RM600 : Penerima STR bagi kategori bujang

Bukan miskin & miskin tegar

  • RM300 : Penerima STR bagi kategori isi rumah
  • RM150 : Penerima STR bagi kategori bujang & warga emas

Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2024

Kerajaan telah mula menyalurkan bayaran SARA bagi kategori miskin dan miskin tegar bermula awal tahun ini. Penerima isi rumah dan warga emas akan menerima bayaran RM100 sebulan dari Januari sehingga Disember 2024 dan RM50 sebulan bagi penerima bujang.

Manakala pembayaran bagi kategori bukan miskin dan miskin tegar pula akan dimaklumkan pada tarikh yang bakal diumumkan. Bagi pengetahuan umum, kaedah bayaran SARA adalah secara kredit ke dalam MyKAD.

Jika anda merupakan penerima STR, semakan sama ada lulus atau tidak mendapatkan insentif ini boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk semakan status SARA, sila layari laman pautan rasmi – MyKasih 2024

Info Lebih Lanjut

Selain itu, banyak lagi inisiatif telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi menangani masalah kewangan rakyat dari golongan sasar. Untuk rujukan sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada dan layak untuk kalian mohon.

Add comment