Mediaklik
Bantuan Tunai STR 2024 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Bantuan Tunai STR 2024 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Bantuan Tunai STR 2024 : Jumlah bayaran mengikut kategori telahpun diumumkan oleh kementerian kewangan pada sidang Belanjawan tahun ini.

Pemberian bantuan kewangan STR ini adalah merupakan inisiatif yang melibatkan dana peruntukan bantuan yang terbesar pada tahun 2024.

Pemberian Bantuan Tunai STR 2024

Kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan program Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun 2023. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk terus melaksanakan bantuan STR ini yang memasuki tahun kedua.

Bagi sesi tahun 2024 lebih 9 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada kategori bujang, isi rumah dan warga emas berkelayakan untuk menerima manfaat STR. Pengagihan bayaran sumbangan tunai rahmah tahun ini dilakukan secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran sepanjang 2024.

Kementerian Kewangan yakin dengan adanya pemberian sumbangan ini dapat mengurangkan beban rakyat terutama golongan sasar dan B40 pada tahun ini. Buat masa ini, bayaran bagi fasa pertama dan fasa kedua STR telahpun selesai dan kini hanya berbaki fasa ketiga dan keempat.

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai STR Mengikut Kategori

KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH B40

  • Bilangan anak (0) ; RM1,000 setahun
  • Bilangan anak (1-2) ; RM1,500 setahun
  • Bilangan anak (3-4) ; RM2,000 setahun
  • Bilangan anak (lebih 5) ; RM2,500 setahun

GOLONGAN KELUARGA/ ISI RUMAH M40

  • Bilangan anak (0) ; RM500 setahun
  • Bilangan anak (1-2) ; RM750 setahun
  • Bilangan anak (3-4) ; RM1,000 setahun
  • Bilangan anak (lebih 5) ; RM1,250 setahun

KATEGORI WARGA EMAS DAN BELIA BUJANG

  • Warga emas tiada pasangan : RM600 setahun
  • Bujang : RM350 setahun.

Kemaskini Maklumat & Semakan Status Bayaran STR 2024

Kepada orang awam yang merupakan penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah sesi tahun 2024, kalian boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa melalui laman rasmi – MySTR 2024

Untuk maklumat terkini berkenaan STR, pembayaran fasa ketiga (3) akan dikreditkan tidak lama lagi selewat-lewatnya pada bulan Ogos ini. Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat.

Maklumat Tambahan

Selain STR, terdapat pelbagai bantuan dan program kemudahan telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri dan pusat bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang boleh semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan menepati kriteria untuk mohon.

Add comment