Mediaklik
Senarai Penerima Bantuan RM500 Sebulan : Semak Sekarang

Senarai Penerima Bantuan RM500 Sebulan : Semak Sekarang

Senarai Penerima Bantuan RM500 sebulan adalah terdiri daripada golongan warga emas yang kurang berkemampuan dan berkelayakan pada tahun ini.

Program BWE ini adalah salah satu bantuan kewangan disediakan di bawah Bajet Belanjawan tahun 2024.

Senarai Penerima / Pemohon Bantuan RM500 Sebulan

Kepada yang terlepas pandang, pada tahun ini terdapat sebuah program skim bantuan bulanan yang ditawarkan kepada golongan warga emas atau orang tua. Bantuan Warga Emas atau BWE ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari segi urusan permohonan dan pemberian bayaran bantuan.

Kadar bayaran bantuan tunai adalah berjumlah RM500 dan akan dikreditkan kepada pemohon secara setiap bulan. Tujuan utama perlaksanaan insentif bulanan ini adalah bagi membantu mengurangkan beban kewangan golongan memerlukan.

Dengan adanya pemberian bantuan khas ini dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat pada tahun ini. Mereka yang menepati kriteria kelayakan boleh kemukakan permohonan sepanjang tahun 2024.

Senarai Syarat Kelayakan Mohon Bantuan RM500 (BWE)

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pemohon adalah berstatus warga emas / orang tua
  4. Pendapatan isi rumah bulanan tidak boleh melebihi ; Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  5. Individu yang tidak tinggal di mana-mana pusat institusi kendalian JKM atau ;
  6. Pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

Untuk info, perlaksanaan kesemua bantuan di bawah skim bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3.

Cara Memohon Bantuan BWE RM500 Sebulan

Untuk mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau manual melalui pejabat JKM berhampiran kediaman masing-masing. Cara mohon dan maklumat terperinci berkenaan bantuan ini boleh dirujuk melalui pautan rasmi – Bantuan BWE 2024

Maklumat Tambahan

Pelbagai program, kemudahan dan skim bantuan telah diperkenalkan kerajaan persekutuan dan negeri bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat yang memerlukan. Semakan –SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon.

Add comment