Bantuan Bina Rumah 2024 melalui program RMR 2.0 kini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Kerajaan Malaysia kini telah melancarkan program Rumah Mesra Rakyat edisi 2.0 bertujuan membantu mereka yang ingin mendirikan rumah sendiri.
Bantuan Bina Rumah Tahun 2024
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) telah diperkenalkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan masih terus dilaksanakan sehingga hari ini. Apa yang menarik adalah edisi RMR 2.0 ini dapat mampu mempercepatkan peluang setiap pemohon yang layak untuk memiliki kediaman sendiri dalam tempoh maksimum 3 bulan sahaja.
Tempoh semakan permohonan program RMR 2.0 jauh lebih cepat berbanding RMR 1.0 dimana pemohon perlu menunggu giliran masa yang lama sehingga bertahun-tahun. Bagi ciri-ciri dan reka bentuk rumah mesra rakyat adalah tetap sama seperti edisi 1.0 dan menyediakan bantuan pembiayaan rumah berjumlah RM20,000.
Syarat-Syarat Kelayakan Mohon Bantuan Bina Rumah (RMR)
- Warganegara Malaysia
- Pemohon merupakan individu berumur 18 tahun dan keatas
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (B40 & M40)
- Pemohon dan pasangan belum ada rumah sendiri atau memiliki rumah usang (tidak sempurna)
- Tanah/ tapak bersesuaian dan bebas dari jenis gadaian
- Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, surat kebenaran pemilik perlu dilampirankan.
Ciri-Ciri & Kadar Harga Bina Rumah (RMR 2.0)
Untuk makluman, kadar harga rumah mesra rakyat adalah berbeza mengikut reka bentuk dan kawasan. Namun konsep binaan adalah sama iaitu mempunyai 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Di bawah dikongsikan kadar harga mengikut kawasan negeri seluruh Malaysia :
KAWASAN NEGERI SEMENANJUNG
- Harga rumah : RM75,000
- Subsidi binaan rumah : RM20,000
- Jumlah pinjaman : RM55,000
- Anggaran bayaran balik secara bulanan : RM300 selama 16 tahun
PULAU DI SEMENANJUNG
- Harga rumah : RM85,000
- Subsidi binaan rumah : RM20,000
- Jumlah pinjaman : RM65,000
- Anggaran bataran balik secara bulanan : RM350 selama 16 tahun
NEGERI SABAH, SARAWAK DAN LABUAN
- Harga rumah : RM75,000 – RM106,000
- Subsidi binaan rumah : RM20,000
- Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM86,500
- Anggaran bayaran balik secara bulanan : RM300 – RM470 selama 16 tahun
Daftar Permohonan Bina Rumah RMR 2.0 Segera
Kepada mereka yang berkelayakan dan ingin bina rumah, jangan lepaskan peluang menyertai program RMR2.0 bagi mendapatkan manfaat yang disediakan pada kadar harga rumah mampu milik. Untuk rujukan lengkap dan mendaftar, sila ke pautan rasmi – RMR 2.0 (SPNB)
Maklumat Tambahan
Tahun ini pelbagai jenis kemudahan dan bantuan telah dilancarkan oleh kerajaan pusat dan negeri bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat. Kalian boleh menyemak senarai insiatif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info selengkapnya.
Add comment