Berdasarkan ramalan cuaca terbaru, amaran ribut petir dan angin kencang di pantai barat semenanjung dijangka berlarutan sehingga khasmis ini. Keadaan ini boleh memberi impak yang signifikan terhadap aktiviti harian penduduk serta keselamatan di kawasan tersebut.
Amaran Ribut Petir dan Angin Kencang
Jabatan Meteorologi Malaysia – METMalaysia telah mengeluarkan notis amaran berlaku kejadian angin kencang, hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri di Semanjung Malaysia. Fenomena peralihan angin monsun ini berlaku 2 kali setahun iaitu pada Mac – Mei dan September – November.
Semasa peralihan monsun, sering kali kita akan menghadapi angin lemah dari semua arah. Keadaan ini akan menggalakkan kejadian angin kencang berpontensi berlaku. Adalah penting untuk penduduk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan mereka, terutamanya bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan pesisir pantai.
Pemantauan dan Tindakan
Untuk melindungi diri daripada akibat ribut petir dan angin kencang ini, penduduk dinasihatkan supaya sentiasa memantau perkembangan cuaca melalui laman web – MET MALAYSIA dan aplikasi MyCuasa yang boleh dimuat turun di Appstore. Selain itu, persediaan awal seperti memastikan rumah dan harta benda dilindungi daripada kerosakan adalah langkah yang bijak.
Dengan menghadapi keadaan ini secara proaktif, kita dapat mengurangkan risiko yang mungkin timbul. Kerajaan menasihati setiap penduduk Malaysia terutama berada di kawasan berisiko berlaku hujan supaya lebih berwaspada pada musim ini.
Add comment