Anak Menangis Tersangkut Dalam Mesin Basuh, Ibu Sakan Rakam Video

0

Tak sangka video anaknya menjadi viral, seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak selepas terperangkap dalam mesin basuh di rumahnya di Jakarta, Indonesia.

Perkongsian rakaman video itu dibuat sendiri oleh kakak mangsa menerusi akaun Twitter miliknya @babychifuyu.

“Saya tengah melihat telefon bimbit dan tiba-tiba terdengar suara jeritan adik di tingkat atas rumah.

Saya dan ibu bergegas naik dan melihat adik sudah terperangkap di dalam mesin basuh.”

Menerusi hantaran yang berbeza, kelihatan kakaknya cuba mengeluarkan mngsa daripada perkakas elektrik itu sambil ibu mereka merakam video.

 

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 10,000 ulangciap dan hampir 60,000 tanda suka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.