Selamba badak satu keluarga naik kereta sapu barang Foodbank sampai licin!

0

Entah dimana kejadian ini berlaku, namun saksi dari CCTV dan beberapa keping gambar sudahpun tular mengenai gelagat sekumpulan individu yang dipercayai sebuah keluarga membolot kesemua barang yang ada di Food Bank tanpa tersisa sedikitpun di sebuah stesen minyak.

Gelagat tamak yang ditunjukkan mereka dirakam oleh kamera CCTV yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @_NazriH.

Satu kereta turun angkut makanan

“Apa nak buat kalau jumpa orang macam ni masa bagi bantuan Foodbank?” tulisnya di Twitter

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila kelima-lima individu keluar dari kereta terbabit dan ‘menyerang’ food bank yang disediakan di stesen minyak berkenaan. Tanpa sedikit pun rasa segan, kesemua mereka mengangkut setiap barang yang tersedia di situ sehingga hampir semua makanan ‘licin’ diambil oleh mereka.

Mendapat komen kecaman dari netizen

Rata-rata di ruangan komen memberikan respon yang megutuk tindakan tamak haloba keluarga berkenaan seakan-akan tiada hari esok dan hanya mereka yang dalam kesusahan.

Tidak ketinggalan juga dilihat dari CCTV seorang individu bertongkat turut ikut serta dalam pesta mengangkut kesemua barangan yang ada di Food Bank tersebut tanpa tersisa sedikit pun!

Dah baca jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih!

Leave A Reply

Your email address will not be published.