Bantuan Awal Kemasukan IPT atau BAKIPT adalah merupakan inisiatif yang ditawarkan pada tahun ini kepada keluarga dari golongan B40 dan M40.
Dalam menyokong golongan belia meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insiatif bantuan yang boleh dimohon.
Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT)
Bagi pengetahuan masyarakat, salah satu program yang masih dibuka dan boleh dimohon pada tahun ini adalah Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT). Pemberian sumbangan ini adalah sebagai bantuan permulaan pengajian tinggi kepada para pelajar yang berada dalam kelompok B40 & M40.
Keluarga yang pendapatan bulanan sederhana dan mempunyai tanggungan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT, permohonan boleh dibuat sekiranya menepati kriteria kelayakan. Kadar bayaran yang akan diberikan adalah berjumlah RM300 secara one-off kepada setiap pelajar.
Permohonan telah dibuka semula pada tarikh 1 Julai 2024 sehingga 31 Disember 2024 secara menyeluruh.
Langkah Cara Mohon Bantuan Awal Kemasukan IPT
Kepada yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup 31 Disember tahun ini. Cara mohon dan butiran terperinci telah disediakan melalui laman pautan rasmi bantuan – BAKIPT 2024
Untuk memudahkan urusan pentadbiran membuat semakan borang permohonan, pemohon disarankan sediakan dokumen-dokumen penting dan berkaitan yang diperlukan. Program bantuan istimewa ini akan ditutup pada 31 Disember 2024, selepas tarikh tersebut sebarang permohonan tidak akan dilayan.
Syarat-Syarat Bantuan Awal BAKIPT 2024
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM10,000 (golongan B40 & M40)
- Pemohon atau ibu bapa / penjaga lahir atau menetap di negeri Kedah
- Penerimaan tawaran masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf.
Kepada rakyat negeri Kedah yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan insentif bantuan RM300 ini selagi masih dibuka.
Info Tambahan
Selain BAKIPT, terdapat pelbagai lagi program bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan pusat dan negeri pada tahun ini bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat dari pelbagai golongan. Bagi yang terlepas pandang, kalian boleh semak – SENARAI BANTUAN yang ada dan boleh memohon.
Add comment