Bantuan e-wallet ialah sebuah inisiatif berbentuk bantuan kredit e-tunai sebanyak RM200 yang telah diperkenalkan pada tahun ini. Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan program bantuan khas ini pada bulan Jun 2023.
BANTUAN E-WALLET RM200
Seperti sedia maklum, program bantuan e-wallet atau dikenali sebagai edompet dan e-tunai ini ditawarkan secara percuma pada kadar RM200. Untuk mendapatkan bantuan ini tidak perlukan permohonan, kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan hanya perlu daftar dan tebus sahaja bantuan ini.
Perlaksanaan bantuan kredit e-tunai belia rahmah telah diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan dengan tujuan meringankan beban rakyat. Selain itu secara tidak langsung dapat membudayakan transaksi pembayaran tanpa tunai.
KRITERIA KELAYAKAN
Beberapa kriteria kelayakan bagi pendaftaran dan tuntutan bantuan e-wallet RM200 ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18,19 dan 20 tahun (Tahun 2023)
- Diperluaskan kepada golongan mahasiswa yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan dalam negara Malaysia
Senarai pelajar Institusi pendidikan di Malaysia yang layak tebus e-tunai belia rahmah seperti di bawah :
- Politeknik
- Kolej komuniti
- Institusi Pendidikan tinggi Awam (IPTA)
- Institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS)
- Universiti awam (UA)
- Sijil tinggi agama (STAM)
- Senior Middle 3
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan tingkatan enam (6)
- Diploma kolej vakasional
- A-level
- Setara institusi TVET
- ASASI / Pengajian asas (Foundation)
- Internasional baccalaureate diploma
- Diploma lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Doktor falsafah dan setaraf
- Kursus prfesional yang bertaraf diploma ke atas yang telah diiktiraf oleh pihak kerajaan atau badan-badan profesional dalam negara
APLIKASI DAFTAR & TEBUS RM200
Untuk makluman, kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan, anda boleh daftar dan tebus kredit e-tunai belia rahmah (bantuan e-wallet) bernilai RM200. Anda dibenarkan hanya tebus sekali sahaja melalui aplikasi pilihan masing-masing seperti berikut :
- Touch N Go
- Boost
- Setel
Info : Perlaksanaan program khas untuk belia ini akan bermula pada 26 Jun (Isnin). Kepada yang layak pendaftaran dan tuntutan kredit boleh dibuat, sila layari laman web rasmi – eBeliaRahmah
INFORMASI LANJUT
Pihak kerajaan melalui pelbagai agensi telah menyediakan pelbagai bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat yang terjejas pada tahun ini. Bagi yang terlepas pandang, sila rujuk senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – KLIK DISINI untuk info penuh.
Add comment