Mediaklik
Bantuan E-wallet RM300 2024 - Panduan Daftar Permohonan

Bantuan E-wallet RM300 2024 – Panduan Daftar Permohonan

Bantuan E-wallet RM300 masih dilaksanakan pada tahun 2024 bagi memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan keluarga B40 yang memerlukan.

Maklumat ringkas dan panduan daftar permohonan telah disediakan pada halaman ini bagi rujukan umum.

Bantuan E-wallet RM300 (2024)

Kerajaan negeri Selangor telah perkenalkan sebuah program inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Program ini menawarkan pemberian bantuan berbentuk ewallet bernilai RM300 sebulan kepada setiap keluarga.

Permohonan dibuka sepanjang tahun ini dan kerajaan menyasarkan sekitar 30,000 penerima yang akan dapat manfaat daripada program khas ini. Kepada pemohon yang lulus, mereka boleh gunakan bantuan ewallet RM300 tersebut untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar.

Tujuan utama perlaksanaan program bantuan kehidupan ini adalah bagi menampung pembelanjaan golongan memerlukan. Dengan adanya insentif seperti ini dapat meringankan beban kos sara hidup terutama bagi keluarga yang mempunyai tanggungan.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan E-wallet Kehidupan Sejahtera

Kerajaan negeri telah menetapkan beberapa syarat khusus kelayakan bagi memohon bantuan khas bulanan RM300 ini, antaranya seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keluarga yang mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 2 orang (18 tahun dan kebawah)
  3. Pendapatan isi rumah kurang dari RM5,000 sebulan (M40 / B40)
  4. Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun
  5. Pengundi berdaftar di negeri Selangor.

Bila Boleh Memohon Bantuan E-wallet Ini?

Kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat secara online dan manual sepanjang tahun ini. Untuk kemukakan pendaftaran permohonan, sila rujuk pada pautan rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera

Sekiranya lulus permohonan, manfaat yang akan diterima adalah insentif RM300 dalam bentuk ewallet selama tempoh 2 tahun. Status akan dinilai semula dalam tempoh tersebut bagi mengenalpasti sama ada pemohon layak untuk terus terima insentif atau tidak.

Info Lanjut

Selain itu, banyak lagi jenis bantuan-bantuan yang ada disediakan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri pada tahun ini yang ditawarkan kepada orang awam. Kepada mereka yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk semakan lanjut.

Add comment