Mediaklik
Bantuan EDompet Percuma RM200 : Panduan Cara Claim Bagi Yang Belum Tuntut

Bantuan EDompet Percuma RM200 : Panduan Cara Claim Bagi Yang Belum Tuntut

Bantuan edompet percuma RM200 adalah merupakan salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023.

Program bantuan khas ini ditawarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan b40 belia dan mahasiswa sepenuh masa pada tahun ini.

BANTUAN EDOMPET PERCUMA RM200

Program pemberian bantuan edompet percuma RM200 ini akan dikreditkan secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan. Bantuan ini telah mula dilakanakan pada 26 Jun 2023, mereka boleh menebus sebelum 22 Ogos 2023.

Perlaksanaan bantuan edompet yang dikenali sebagai eBelia Rahmah ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Inisiatif khas ini khusus untuk para belia dan pelajar sepenuh masa dibekalkan kredit edompet berjumlah RM200.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi tuntutan bantuan edompet percuma RM200 ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang telah mencapai umur 18 hingga 20 tahun
  • Telah diperluaskan kepada golongan pelajar berstatus sepenuh masa sebelum 30 April 2023 tanpa mengira had umur.

Antara mahasiswa sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berdaftar dengan salah satu kementerian seperti di bawah :

  • Kementerian pendidikan tinggi
  • Kementerian pertanian dan keterjaminan makanan
  • Kementeria pendidikan
  • Kementerian kemajuan desa dan wilayah
  • Kementerian pertahanan
  • Kementerian belia dan sukan
  • Kementerian budaya, seni dan pelancongan
  • Jabatan kemajuan islam Malaysia

TARIKH TEBUS BANTUAN

Sekiranya berkelayakan, anda boleh tebus bantuan khas ini secara online bermula 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023. Selepas berjaya, amaun berjumlah RM200 perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

CARA TEBUS BANTUAN

Kepada mereka yang layak, daftar dan tebus bantuan edompet ini boleh dilakukan dengan cara memilih aplikasi pilihan yang telah disediakan seperti berikut :

Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk memilih satu aplikasi sahaja dan bantuan ini diberikan secara one-off berjumlah RM200.

INFO LEBIH LANJUT

Selain ebelia rahmah, terdapat lebih banyak inisiatif bantuan-bantuan yang disediakan pada tahun ini untuk kategori B40 dan miskin tegar. Sila ke laman utama untuk semakan senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk infomarsi lengkap.

Add comment