Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) adalah merupakan inisiatif yang ditawarkan kepada para pelajar IPT berstatus Bumiputera untuk tujuan pembelajaran.
Program bantuan khas yang menyediakan komputer ini boleh dimohon oleh golongan belia yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.
Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)
Skim inisiatif BAIK atau Bantuan Ihsan Komputer ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri adalah bagi membantu para pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Institusi Penganjian Tinggi (IPT). Pemberian komputer riba secara percuma disediakan melalui program BAIK ini.
Objektif utama program khas ini dilancarkan pada tahun 2024 adalah bagi membantu mereka yang minat dalam pelajaran dan memerlukan komputer riba. Permohonan kini telah dibuka bagi sesi tahun ini, mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat daripada inisiatif yang ditawarkan.
Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan Komputer 2024
Antara syarat asas kelayakan program BAIK yang telah ditetapkan adalah seperti ;
- Warganegara Malaysia / bumiputera
- Pelajar IPT berasal dari Sabah
- Setiap 1 komputer riba hanya untuk 1 ketua isi rumah (KIR) sahaja.
Cara Mohon Bantuan Ihsan (BAIK)
Bagi mereka yang berkelayakan dan berkeperluan untuk pelajaran, permohonan bagi dapatkan komputer riba percuma boleh dikemukakan sekarang. Panduan lengkap dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman pautan rasmi bantuan – Ihsan Komputer (BAIK)
Untuk memudahkan urusan pentadbiran membuat semakan permohonan, setiap pemohon wajib sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti ;
- Surat beranak – Pemohon dan ibu bapa (penjaga)
- Salinan kad pengenalan – Pemohon dan ibu bapa
- Salinan slip gaji / pendapatan
- Surat tawaran masuk ke IPT
- Sebarang surat pengesahan sudah berdaftar daripada Universiti tempat belajar pemohon
- Memberikan sebab tentang keperluan komputer riba.
Kepada rakyat negeri Sabah, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan inisiatif percuma ini jika anda berkelayakan. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program BAIK ini, sila hubungi talian khas di – o88 369872 / 088 369164 / 088 369897.
Maklumat Tambahan
Terdapat pelbagai jenis bentuk skim bantuan telah disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan sepanjang tahun ini bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Untuk rujukan lengkap sila cek – SENARAI BANTUAN yang ada dan layak untuk anda mohon.
Add comment