Mediaklik

BANTUAN INSENTIF TUNAI SEBANYAK RM500 DIBERIKAN KEPADA RAKYAT YANG TERJEJAS SUMBER PENDAPATAN


Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini. Untuk makluman, bantuan zakat kecemasan ini adalah bantuan ketiga yang disalurkan MAIWP selepas bantuan zakat kecemasan ketika PKP 1.0 dan PKP 2.0.





OBJEKTIF BANTUAN KECEMASAN

1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.

2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.



TARIKH PERMOHONAN BANTUAN

Permohonan bantuan zakat kecemasan ini telah mula dibuka secara online bermula : 

  • 15 Jun sehingga 30 Jun 2021.



KADAR BANTUAN ZAKAT KECEMASAN

  • sebanyak RM500



SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi pemohon yang ingin memohon bantuan zakat Kecemasan ini adalah seperti berikut:

  • Golongan B40 yang mana pendapatan mereka terjejas.
  • Tinggal di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
  • Tidak tergolong dalam penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
  • Bukan penerima Bantuan Kecemasan COVID-19 2.0



Tidak Layak Memohon

  • Penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
  • Penerima yang menerima 11 inisiatif yang ditawarkan oleh MAIWP.



CARA PERMOHONAN

Kepada pemohon yang berkelayakan, sila layari laman web berikut untuk membuat permohonan :



Muat Naik Dokumen

Bahagian MUAT NAIK DOKUMEN, pemohon dikehendaki memuat naik dokumen berikut:

1. KAD PENGENALAN
2. BIL AIR/API
3. PENYATA BANK
4. SURAT DOKUMEN/LAIN-LAIN di dalam format pdf/jpg/jpeg/gif.

*Maksimum saiz dibenarkan adalam 2mb untuk satu muat naik dokumen.




MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline berikut :

012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
013 – 8516066 (Labuan)

Add comment