Pengenalan Bantuan Kanak-Kanak JKM
Bantuan Kanak-Kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun 2024 merupakan program penting yang bertujuan untuk membantu kebajikan rakyat, khususnya terhadap golongan sasar. Melalui bantuan ini, kerajaan berusaha menyediakan sokongan kewangan dan perlindungan sosial kepada kanak-kanak yang memerlukannya.
Artikel ini akan mengupas aspek penting mengenai bantuan ini.
Tujuan Perlaksanaan Bantuan Kanak-Kanak
Bantuan Kanak-Kanak JKM tahun 2024 dirancang dengan beberapa objektif utama. Antaranya termasuklah: membantu kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan pelajaran; mengurangkan beban kewangan keluarga miskin; dan memastikan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak terbela. Bantuan ini sangat penting dalam memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mendapat peluang hidup yang lebih baik.
Kriteria Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak
Bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan, JKM telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan. Antara kriteria tersebut ialah:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
- Kanak-kanak dan remaja berumur 18 tahun dan ke bawah
Kadar bayaran bantuan bantuan kewangan khas BKK bulanan ini adalah seperti berikut :
- RM200 : Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah
- RM150 : Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
- RM1,000 : Maksimum bayaran bagi satu keluarga.
Proses Permohonan dan Agihan Bayaran Bantuan
Proses permohonan bantuan kanak-kanak adalah mudah dan teratur. Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang disediakan di laman web rasmi eBantuan JKM atau melalui pejabat JKM yang berdekatan. Setelah permohonan diterima, pihak JKM akan menilai kelayakan dan seterusnya memproses agihan bantuan.
Agihan bantuan akan dibuat secara berkala dan bulanan untuk memastikan kesinambungan dan kecukupan bantuan yang diberikan. Bantuan Kanak-Kanak JKM tahun 2024 merupakan inisiatif penting yang mampu memberi impak positif kepada kebajikan rakyat, khususnya kanak-kanak.
Usaha ini perlu disokong oleh semua pihak bagi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mendapat peluang yang adil untuk membesar dan mencapai potensi mereka sepenuhnya. Di samping itu, penyediaan bantuan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa mengabaikan golongan yang memerlukan.
Add comment