Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa hampir 8 juta penerima BKM akan menerima manfaat pada hujung bulan Mac dengan kesan kewangan berjumlah RM8.2 juta ringgit.
“Sebelum ini, BKM telah mendapat bantuan daripada tunai langsung. Nilai bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar tambahan
BKM Fasa 2 jumlah bantuan kami kongsikan kepada anda..
Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022
Pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan akan mendapat bayaran RM100 hingga RM400 mengikut kelayakan setiap penerima. Bantuan akan diberi mengikut empat kategori di pembentangan Belanjawan 2022:
Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
• RM2,000: Lebih 3 orang anak
• RM1,500: 1-2 orang anak
• RM1,000: Tiada anak
Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
• RM800: Lebih 3 orang anak
• RM600: 1-2 orang anak
• RM400: Tiada anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
• RM300: Warga Emas
• RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan
Jumlah Bayaran BKM FASA 2 Bagi Setiap Kategori
Berikut merupakan jumlah bayaran untuk fasa 2:
Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM
Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:
– Sudah Berkahwin
– Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2
- Pembayaran BKM Fasa 2 bermula pada Jun 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.
- Seperti BKM Fasa 1, kemungkinan tarikh pengkreditan BKM adalah pada penghujung bulan sekitar 28 Jun – 30 Jun. Manakala untuk penebusan secara tunai bermula 30 Jun 2022
Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.
Cara Membuat Permohonan BKM
- Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
- Permohonan baharu BKM perlu dibuat jika tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada dalam rekod yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
- Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/
Tarikh Permohonan / Rayuan BKM
Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.
Maklumat Lanjut
layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/ untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022
Add comment