Pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan sebuah bantuan kewangan BWE kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan.
Pihak JKM telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik pada tahun ini.
BANTUAN KEWANGAN BWE RM500
Perlaksanaan bantuan warga emas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini, apa yang menarik adalah kadar bantuan telah dinaikan berjumlah RM500. Program ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membantu warga emas terutama berstatus miskin tegar.
Dengan adanya insentif khas ini yang diberikan setiap bulan dapat membantu mereka yang terlibat meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan hidup. Kadar bayaran bagi bantuan kewangan BWE adalah sebanyak RM500 sebulan untuk setiap penerima.
KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM untuk bantuan BWE RM500 seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di dalam negara
- Pemohon wajib berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan)
- Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kedalian JKM
- Tidak tinggal di mana-mana pusat jagaan harian (Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma
Nota : Perlaksanaan kesemua bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3. Jadual kesembilan senarai perundangan.
CARA MEMOHON
Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan lengkap cara memohon bantuan kewangan BWE RM500 ini telah disediakan, sila layari portal rasmi eBantuan JKM – BANTUAN BWE
Bagi memudahkan proses semakan permohonan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan. Seperti Salinan kad pengenalan diri (pemohon), pasangan dan ahli keluarga yang tinggal bersama.
INFORMASI LEBIH LANJUT
Kepada mereka yang terlepas pandang, pada tahun ini kerajaan perpaduan telah memperkenalkan macam-macam jenis bantuan berbentuk tunai untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sila cek senarai bantuan yang ada pada waktu ini dan berkelayakan untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.
Add comment