Bantuan Khas Covid 19 (BKC 2021) : Semakan & tarikh pembayaran

0

BKC atau Bantuan Khas Covid-19 merupakan satu dari pakej PEMULiH yang telah diumumkan oleh YAB Perddan Menteri. Melalui BKC ini bantuan akan disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kelas ekonomi meliputi kelompok miskin tegar,
B40 dan M40. Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk BKC di bawah pakej PEMULiH

Bagaimana cara mohon BKC 2021?

Tiada permohonan baru boleh dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada dari BPR terdahulu dan juga rekod data dari LHDN

Bila pembayaran BKC 2021 ?

Pembayaran pertama Bantuan Khas Covid-19 ini akan bermula pada bulan Ogos 2021

Bantuan khas covid 19

Jadual Pembayaran BKC 2021

Tempoh pembayaran BKC 2021 adalah selama tiga bulan berturut-turut bermula Ogos sehingga Disember 2021. Sila rujuk jadual pembayaran dibawah:

Cara pembayaran BKC 2021

Pembayaran BKC 2021 adalah secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan semasa mendaftar BPR 2021 atau no akaun bank yang didaftarkan di dalam rekod LHDN bagi golongan M40 atau mereka yang membayar cukai.

Bila boleh semak status permohonan BKC 2021?

Akan diumumkan dari masa ke semasa

Baca juga: Bantuan Pemulihan : PEMULiH Senarai Bantuan & Pemulihan Ekonomi

Baca juga: Olimpik Tokyo 2020: Indonesia Raih Emas Beregu Badminton Wanita

Terdahulu, YAB Perdana Menteri telahpun mengumumkan pakej PEMULIHAN, dimana di dalam pakej itu terdapat  beberapa bantuan pemulihan bagi perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi negara telah diumumkan.

Pakej yang diperkenalkan ini adalah bertujuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) dimana jumlah keseluruhan dana yang diperuntukkan bagi program ini adalah sebanyak
RM150 billion.

Leave A Reply

Your email address will not be published.