Bantuan khas penghargaan (BKP) adalah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Pemberian BKP ini akan mula dikreditkan pada 10 Ogos 2023 kepada semua penerima yang berkelayakan.
BANTUAN KHAS PENGHARGAAN (BKP)
Semasa majlis peluncuran ekonomi Madani, Perdana Menteri selaku Menteri kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan khas penghargaan (BKP) akan diberikan kepada rakyat dalam masa terdekat. Bantuan khas ini akan mula dibayar pada 10 ogos ini secara berperingkat sehingga selesai.
Kadar bantuan yang diberikan kepada rakyat adalah berjumlah RM200 dan RM300, jumlah adalah bergantung kategori penerima layak. Kira-kira sekitar 1.3 juta penajwat awam dan sejuta lebih pesara akan menerima manfaat dari bantuan BKP ini.
SENARAI PENERIMA BKP
Berikut adalah penerima layak menerima BKP berserta jumlah yang diterima seperti di bawah :
- Penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta lantikan kontrak : RM300
- Pesara kerajaan : RM200
TARIKH BAYARAN
Pemberian bantuan khas penghargaan 2023 akan mula dibayar secara berperingkat pada :
- 10 Ogos 2023 (Khamis)
Inisiatif dan kemudahan yang ada pada tahun ini rata-rata telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang pembentangan – BELANJAWAN 2023
INFORMASI LEBIH LANJUT
Terdapat lebih banyak insentif bantuan kewangan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan sebelum akhir tahun 2023 bagi meringankan beban rakyat dari golongan B40 dan miskin tegar. Bagi mereka yang terlepas pandang, boleh membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.
Add comment