Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan BANTUAN CAKNA HAWA khas untuk golongan pekerja wanita yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000.00 ke bawah. Bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan, jasa dan khidmat yang telah dicurahkan kepada masyarakat.
Bantuan ini disediakan juga bagi membantu golongan yang mengalami kesusahan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara dan menyebabkan sebilangan besar rakyat kehilangan punca pendapatan.
KADAR BANTUAN
Bantuan Cakna Hawa akan diberikan kepada wanita yang layak secara one off seperti berikut:
- sebanyak RM100.00
Terhad untuk 100 orang wanita yang bekerja di setiap DUN
TARIKH PERMOHONAN
Berikut adalah tarikh tutup Permohonan Bantuan Cakna Hawa :
- 22 Ogos 2021
SYARAT KELAYAKAN
1. Wanita yang bekerja
2. Anak kelahiran Kelantan dan menetap di Kelantan
3. Berumur 18 hingga 60 tahun
4. Penerima bukan terdiri daripada Armalah dan Surirumah
5. Berpendapatan Isi Rumah di bawah RM3,000 sebulan dan ke bawah
6. Mempunyai 3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
7. Borang hendaklah diisi dengan lengkap sebelum dikembalikan
8. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses
CARA PERMOHONAN BANTUAN CAKNA HAWA
Kepada wanita yang ingin buat permohonan mestilah lengkapkan borang permohonan yang disediakan dan dihantar secara manual atau email ke alamat berikut:
Serahan ke:
Pejabat UKeKWa, Aras 2 Blok 2,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503, Kota Bharu Kelantan
ATAU
Email ke:
unitpembangunanwanita@gmail.com
ATAU
Pos ke alamat:
Pejabat Urus Setia Kebajikan,
Pembangunan Keluarga dan Wanita,
Aras 2 Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu Kelantan
Dokumen yang diperlukan
1. Borang permohonan
2. Satu salinan kad pengenalan pemohon dan suami
3. Satu salinan penyata gaji/ pencen/ PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang disahkan oleh Penghulu Mukim masing-masing
4. Satu salinan penyata bank terkini yang disahkan
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pembangunan Wanita di talian berikut:
- 01133103454
- 0199813918
Add comment