Mediaklik
Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan : Program Khas

Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan : Program Khas

Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan adalah merupakan sebuah program khas yang disediakan untuk rakyat Malaysia terutama golongan belia yang berkelayakan.

Program BLP ini diperkenalkan adalah bagi membantu dari segi kewangan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan sebuah program inisiatif berbentuk bantuan yang dikenali sebagai bantuan latihan perantis (BLP).

Bantuan ini merupakan salah satu insentif bulanan dibawah Belanjawan 2024 bagi mengurangkan beban kewangan rakyat Malaysia yang berkeperluan.

Kadar bayaran yang diberikan kepada mereka yang menyertai program BLP ini adalah sebanyak RM200 sebulan sebagai sokongan kewangan.

Tujuan utama perlaksanaan BLP adalah bagi membantu individu memperoleh kemahiran latihan sambil bekerja serta meningkatkan potensi pekerjaan.

Dengan adanya program seperti ini dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat terutama golongan belia.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Latihan Perantis 2024

Kepada mereka yang berminat, antara syarat kelayakan yang perlu dipatuhi adalah seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Anak-anak penerima bantuan
  • Mereka yang sedang menganggur
  • Bekas pelatih atau penghuni Kebajikan Masyarakat seluruh Malaysia
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat.

Permohonan Bantuan BLP

Untuk yang berkelayakan dan berminat menyertai program khas ini, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini.

Rujukan butiran lengkap dan panduan boleh disemak melalui laman pautan rasmi bantuan – Latihan Perantis (BLP)

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khas Jabatan Kebajikan Masyarakat di – 03 8000 8000 atau faks – 03 8323 2045.

Add comment