Bantuan Mykad RM200 sebulan telah mula disalurkan secara automatik setiap bulan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan khususnya bagi mereka yang terjejas akibat situasi ekonomi semasa.
Justeru itu, lebih 5.4 juta penduduk Malaysia layak menerima manfaat sumbangan asas Rahmah ini.
PEMBERIAN BANTUAN MYKAD RM200
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memiliki Mykad dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk mendapat bantuan ini. Proses pemilihan penerima dilakukan secara sistematik dan telus agar bantuan ini benar-benar sampai kepada yang memerlukan.
Rakyat Malaysia yang terkesan oleh pelbagai faktor ekonomi, termasuk kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, adalah antara yang paling utama untuk menerima bantuan ini. Dengan adanya bantuan mykad ini, penerima boleh menggunakan amaun yang disalurkan untuk beli barangan keperluan asas.
Kategori penerima yang layak adalah bujang, warga emas dan isi rumah berstatus lulus STR 2025. Berikut adalah kadar bayaran bantuan MyKad dari April – Disember mengikut kategori :
- Warga emas (STR & Ekasih) : RM150 sebulan
- Warga emas (STR) : RM50 sebulan
- Bujang (STR & Ekasih) : RM50 sebulan
- Keluarga (STR & Ekasih) : RM200 sebulan
- Keluarga (STR) : RM100 sebulan.
Bantuan ini bukan sahaja menawarkan sokongan kewangan, tetapi juga memberikan harapan kepada ribuan keluarga untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Dengan adanya bantuan ini, rakyat dapat menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan harian, pendidikan dan juga kesihatan.
Ini merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat, di samping memperkukuhkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan umum, sebelum ini bantuan SARA hanya diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar.
Namun atas keprihatinan kerajaan, golongan B40 dan bukan miskin juga layak menerima insentif khas ini sehingga Disember 2025.
Cara Semak Status Kelayakan Bantuan MyKad
Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, anda layak untuk membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif bantuan Mykad ini. Panduan cara semak telah disediakan, sila layari laman web rasmi kerajaan – https://www.mykasih.com.my/
Sekiranya layak, maklumat bayaran anda akan dipaparkan pada skrin. Amaun yang diberikan anda boleh guna di pasaraya dan kedai runcit seluruh Malaysia.