SHAH ALAM – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) membuka Kaunter Prihatin di lima lokasi yang bertujuan untuk mengedarkan Pek Prihatin kepada individu dan keluarga yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, inisiatif itu diambil pihaknya sebagai sebuah organisasi kebajikan untuk membantu orang ramai khususnya rakyat negeri Selangor. Telah menjadi sebahagian tanggungjawab YIDE sebagai organisasi berkebajikan untuk memberi bantuan Pek Prihatin yang mengandungi barang keperluan asas seperti susu, tepung, beras dan lain-lain lagi.
BACA JUGA : [RASMI] BANTUAN MODAL PERNIAGAAN KHAS UNTUK PARA PENIAGA SELURUH MALAYSIA SEBANYAK RM1,000
GOLONGAN SASARAN
- Individu yang terkesan sepanjang PKP 3.0
- Keluarga yang terkesan sepanjang PKP 3.0
BARANG PEK PRIHATIN YIDE
Barang-barang keperluan yang akan diagihkan kepada mereka yang berkelayakan adalah seperti berikut :
- Susu
- Tepung
- Beras
- Minyak
- Gula
- Maggi
- Kicap
- Bihun
- Teh Lipton
CARA PERMOHONAN
Kepada individu yang terkesan sepanjang PKP 3.0 dan berminat untuk memohon bantuan barangan keperluan yang ditawarkan, sila isi borang yang disediakan dengan melayari laman web berikut :
Terdapat lima lokasi pengambilan Pek Prihatin tersebut yang akan dimaklumkan kepada penerima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk pemohon yang layak.
PERHATIAN :
Kepada orang ramai yang ingin berinfak barang keperluan asas untuk diagihkan oleh YIDE, sila hubungi pihaknya di talian : 017-7569476
Add comment