Bantuan Pemulihan : PEMULiH Senarai Bantuan & Pemulihan Ekonomi

0

Bantuan Pemulihan : Melalui Pakej PEMULIHAN, terdapat beberapa bantuan pemulihan bagi perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi negara telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Pakej yang diperkenalkan ini adalah bertujuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) dimana jumlah keseluruhan dana yang diperuntukkan bagi program ini adalah sebanyak
RM150 billion.

Senarai Bantuan PEMULIH

  • Bantuan tunai direct credit kepada rakyat berjumlah RM500 bermula Julai 2021
  • BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 dibayar bermula September
  • Bantuan Khas Covid-19 bakal menerima RM500 pada Ogos, November dan RM300 pada bulan Disember 2021
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan kepada individu terkesan berdasarkan data KWSP dan PERKESO
  • Elaun Mencari Pekerjaan RM300 selama 2 bulan melalui MyFutureJobs
  • Tambahan RM300,000 untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada semua ahli parlimen
  • Pengekalan harga minyak RON95, diesel dan LPG
  • Pengawalan harga minyak masak RM30/botol
  • Subsidi pek polibeg 1kg dibekalkan pada RM2.50
  • Diskaun bil elektrik antara 5-40% has maksimum 900KWJ sebulan
  • Pemberian pakej 1GB data harian Internet secara percuma sehingga 31 Disember
  • Bayaran tambahan GKP 4.0 berjumlah RM500 masing-masing pada September dan November 2021 (Buka bulan Julai 2021)
  • PSU 4.0 untuk memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja (tiada syarat had gaji ditetapkan)
  • i-Citra KWSP bagi pengeluaran maksimum RM5,000

 

Sila ke halaman ini untuk membaca teks penuh PEMULiH

bantuan pemulihan

Sudah hampir 2 tahun rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh hal demikian kerajaan pada hari ini mengambil kira isu tersebut dimana rakyat Malaysia tidak sanggup lagi berhadapan PKP yang terlalu lama dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan untuk terus ‘survive’ dan bertahan.

Bantuan Pemulihan : Menerusi bantuan PEMULiH 2021 ini, diharapkan mampu menjadi bantuan yang terakhir. Pakar ekonomi juga perpendapat bahawa Malaysia sudah giat melakukan vaksinasi dan misi untuk mencapai herd imuniti mungkin tercapai lebih awal dari dijangka. Ini adalah fasa mustahak bagi kita sebagai rakyat Malaysia mahu bebas cari pendapatan sendiri selepas pandemik ini berakhir.

Baca juga : PSU 4.0 : Permohonan & Semakan Program Subsidi Upah 4.0

Baca juga : Bila I-Citra Masuk : Tarikh Pembayaran I-Citra KWSP Tahun 2021

Baca juga : Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Dua Bulan Buat Graduan & Penganggur

Leave A Reply

Your email address will not be published.