Mediaklik
Bantuan RM500 Sempena Aidiladha Telah Mula Dikreditkan

Bantuan RM500 Sempena Aidiladha Telah Mula Dikreditkan

Bantuan RM500 Sempena Aidiladha telah mula dikreditkan secara one-off kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Bagi pengetahuan umum, bantuan khas berbentuk kewangan RM500 sempena hari raya haji ini telah mula diberikan pada 14 Jun 2024 secara menyeluruh.

Pemberian Bantuan RM500 Sempena Aidiladha

Setiap musim perayaan melibatkan perbelanjaan kewangan, sempena aidiladha yang bakal tiba terdapat sebuah inisiatif telah dilancarkan.

Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan tunai RM500 sempena aidiladha akan diagihkan selewatnya pada 14 Jun 2024. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri hal ehwal agama iaitu Datuk Mohd Na’im Mokhtar pada bulan ini.

Bantuan tunai aidiladha ini diberikan khusus kepada golongan asnaf yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bahagian Baitulmal Wilayah Persekutuan telah menetapkan kelayakan asnaf berdasarkan takrifan yang disepakat dalam mesyuarat jawatankuasa hukum syarak wilayah persekutuan ke 51.

Senarai Penerima Bantuan Sempena Aidiladha

Bantuan zakat MAIWP ini memperuntukan dana sebanyak RM16 juta yang akan memberi manfaat kepada sekitar 32,300 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin muallaf dan ar-riqab. Bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara one-off kepada penerima melalui akaun bank atau tebus tunai.

Sumbangan bantuan istimewa (aidiladha) ini yang disediakan oleh pihak MAIWP adalah bertujuan mengurangkan beban rakyat yang dalam keadaan susah dan memerlukan. Dengan adanya insentif tambahan ini pihak MAIWP yakin dapat membantu mereka yang memerlukan bagi menyambut perayaan aidiladha dengan lebih gembira.

Tarikh Bayaran Bantuan RM500

Pembayaran bantuan khas ini disalurkan secara berperingkat pada 14 jun ini kepada golongan asnaf sahaja. Kepada mereka yang memerlukan dan bukan dari golongan asnaf, anda boleh semak senarai bantuan zakat lain yang telah disediakan oleh pihak MAIWP.

Untuk semakan butiran lengkap sila ke pautan rasmi – MAIWP untuk rujukan lengkap.

Senarai Bantuan Kerajaan Tahun 2024

Bagi mereka yang terlepas pandang, kerajaan telah memperkenalkan bermacam jenis kemudahan dan bantuan kewangan khusus untuk rakyat yang memerlukan. Sila cek senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk kalian memohon – RUJUK DISINI untuk ketahui maklumat penuh.

Add comment