Mediaklik
Bantuan Tambahan STR RM1000 : Syarat Kelayakan Tuntutan

Bantuan Tambahan STR RM1000 : Syarat Kelayakan Tuntutan

Bantuan Tambahan STR RM1000 telah disediakan kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan dan tuntutan boleh dilakukan sepanjang tahun ini. Seperti yang telah Kementerian Kewangan maklumkan, pemberian insentif tambahan RM1000 ini adalah merupakan lanjutan daripada program STR 2024.

Skim Bantuan Tambahan STR RM1000

Kerajaan telah bersetuju untuk terus menyediakan skim bantuan tambahan menerusi skim khairat kematian (SKK) kepada setiap penerima STR bagi sesi 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah umumkan kerajaan MADANI akan sediakan bantuan tambahan berjumlah RM1000 secara one-off buat penerima STR.

Program SKK ini dilaksanakan dengan kerjasama antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan bantuan khas ini boleh dibuat sekiranya penerima bantuan tunai STR atau pasangan telah meninggal dunia pada tahun semasa.

Tujuan utama bantuan ini dilaksanakan adalah sebagai sumbangan inisiatif bagi membantu ahli keluarga jika berlaku kematian. Dengan adanya skim bantuan ini, amaun tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menampung kos pengebumian simati.

Syarat Kelayakan Tuntutan Bantuan Tambahan STR

Berikut adalah beberapa kriteria khusus bagi tuntutan SKK RM1,000 ;

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR 2024
  • Kategori isi rumah, warga emas dan ibu bapa tunggal
  • Hubungan waris yang layak tuntut adalah pasangan, ibu bapa, anak dan adik beradik.

Tuntutan boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2024 secara tebus tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Cara Tuntutan Bantuan Tambahan STR 2024

Kepada waris yang berkelayakan, tuntutan boleh dibuat sepanjang tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Untuk rujukan lengkap dan cara tuntut, sila layari laman pautan rasmi bantuan – SKK (STR TAMBAHAN)

Bagi memudahkan urusan dari pentadbiran untuk membuat semakan, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti ;

  1. Sijil kematian asal / salinan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Salinan kad pengenalan waris
  3. Dokumen sokongan berkaitan – jika perlu.

Info Lebih Lanjut

Selain SKK, terdapat banyak lagi kemudahan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan pusat bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berkeperluan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon.

Add comment