Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan tunai BMT RM800 adalah jumlah keseluruhan yang akan dibayar kepada penerima melalui 4 fasa.
Untuk sedia maklum, tahun ini telah disediakan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan memerlukan.
BANTUAN TUNAI BMT RM800
Program pemberian Bantuan Musim Tengkujuh yang lebih dikenali sebagai BMT akan diteruskan pada tahun ini. BMT adalah merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu meringankan serta mengurangkan beban kewangan mereka yang berkelayakan.
Kadar bayaran yang ditawarkan adalah berjumlah RM800 setiap penerima akan menerima bayaran secara 4 kali sehingga selesai. Di bawah disediakan kadar bayaran yang akan dikreditkan mengikut fasa.
JADUAL BAYARAN BANTUAN BMT 2023
Pada tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah dinaikan daripada RM600 kepada RM800. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat seperti di bawah :
- Fasa 1 (November 2023) – RM200
- Fasa 2 (Disember 2023) – RM200
- Fasa 3 (Januari 2024) -RM200
- Fasa 4 (Februari 2024) – RM200
Nota : Semua pembayaran bantuan tunai BMT RM800 akan diberikan secara pemindahan dana elektronik (EFT) kredit terus ke dalam akaun penerima yang layak.
KRITERIA KELAYAKAN BMT
Dibawah dikongsikan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan khas RM800 ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil atau penoreh
- 1 lot hanya untuk seorang penerima sahaja
- Mempunyai keluasan tanah sekitar 0.1 hingga 2.5 hektar
TARIKH PERMOHONAN
Untuk sedia maklum, permohonan bantuan tunai BMT RM800 dibuka dari tarikh 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023. Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan masih boleh mengemukakan permohonan secara atas talian.
CARA MOHON BMT 2023
Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara online. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari portal rasmi – BMT RISDA
Bagi memudahkan proses semakan permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Salinan kad pengenalan diri (Pemohon)
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
- Dokumen yang berkaitan
INFORMASI LEBIH LANJUT
Kepada yang terlepas pandang, pada tahun ini kerajaan telah menyediakan lebih banyak inisiatif bantuan berbentuk kewangan kepada golongan B40 dan miskin. Sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk semak senarai bantuan yang ada dan boleh dimohon.
Add comment