Bantuan Tunai KIRWAS RM500 telah disediakan oleh kerajaan negeri bagi memberi manfaat kepada rakyat pada tahun 2024.
Inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan ini boleh dimohon oleh orang awam selagi menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Program Bantuan Tunai RM500 – KIRWAS
Seperti yang telah diumumkan, kerajaan negeri memperkenalkan sebuah program skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWAS). Insentif khas ini ditawarkan khusus kepada para wanita yang berstatus ketua isi rumah dan ibu tunggal pada tahun ini.
Pihak Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) adalah merupakan pengelola bagi perlaksanaan bantuan kewangan KIRWAS ini. Matlamat utama program ini diperkenalkan adalah untuk tujuan mengurangkan beban dan mengembangkan lagi peluang ekonomi kepada para wanita.
Dengan perkenalkan bantuan ini kerajaan negeri yakin dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan serta memberi peluang kepada wanita berdikari dalam masyarakat. Bagi permohonan yang telah diluluskan, mereka layak menerima insentif bantuan berjumlah RM500 secara one-off/ sekaligus.
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan KIRWAS RM500
Permohonan bantuan KIRWAS tahun ini telah dibuka bermula 25 Jun 2024. Antara syarat khusus yang telah ditetapkan adalah seperti ;
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah antara RM1,169 sehingga RM4,849 sebulan
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
- Pemohon atau pasangan adalah merupakan pemegang kad pengenalan berstatus (K)
- Penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak layak mohon.
Rujukan Cara Mohon Bantuan KIRWAS 2024
Untuk yang memerlukan dan menepati kriteria kelayakan, permohonan boleh dilakukan sepanjang tahun ini bagi mendapatkan manfaat program tersebut. Bagi informasi lebih terperinci dan panduan memohon, sila ke pautan rasmi bantuan – KIRWAS 2024
Borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut dan setiap pemohon disarankan menyediakan dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan semakan permohonan.
Informasi Tambahan
Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seluruh Malaysia telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif bantuan bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat pada tahun ini. Bagi mereka yang terlepas pandang, sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada waktu ini dan layak untuk anda mohon.
Add comment