Mediaklik
Bayaran Bantuan MySTR Diawalkan : Semakan Status & Jadual

Bayaran Bantuan MySTR Diawalkan : Semakan Status & Jadual

Bayaran Bantuan MySTR Diawalkan dan bakal dikreditkan tidak lama lagi ke dalam akaun penerima yang terlibat seluruh Malaysia.

Inisiatif khas ini adalah satu bantuan kewangan yang akan dibayar pada bulan Ogos 2024 secara menyeluruh.

Jadual Bayaran Bantuan MySTR Diawalkan

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran bantuan tunai rahmah fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai diagihkan pada Januari dan April lalu.

Kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah terdapat 3 iaitu belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah B40 / M40.

Bagi fasa berikutnya, pengkreditan dijangka akan diawalkan pada pertengahan bulan ini iaitu Ogos 2024.

Tarikh bayaran MySTR mengikut fasa telah dikemaskini seperti di bawah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Pertengahan Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Fasa 4 : November 2024.

Jumlah Bayaran MySTR 2024 Mengikut Kategori

Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024 mengikut pecahan kategori seperti di bawah :

KATEGORI BUJANG 

  • RM350

WARGA EMAS

  • RM600

KATEGORI KELUARGA / ISI RUMAH B40 

  • RM1,000 (tiada anak)
  • RM1,500 (2-3 orang anak)
  • RM2,000 (3-4 orang anak)
  • RM2,500 (Lebih 5 orang anak)

KELUARGA / ISI RUMAH M40

  • RM500 (Tiada anak)
  • RM750 (1-2 orang anak)
  • RM1,000 (3-4 orang anak)
  • RM1,250 (Lebih 5 orang anak)

Permohonan Baru & Semakan Status Bayaran Bantuan MySTR

Sepanjang tahun ini permohonan baharu dibuka kepada umum, manakala bagi penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah.

Semakan status bayaran setiap fasa boleh dibuat secara online melalui laman portal rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Segala maklumat terkini berkenaan STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan masyarakat.

Lebih Informasi Bantuan

Kerajaan telah memperkenalkan bermacam jenis inisiatif bantuan pada tahun ini bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.

Untuk lebih informasi anda boleh ke pautan halaman utama – RUJUK DISINI sebagai informasi selanjutnya.

Add comment