Bayaran bantuan tunai bujang mula dikreditkan secara berperingkat dengan jumlah RM150. Pemberian insentif ini adalah kali terakhir yang akan diterima oleh kategori bujang.
BAYARAN BANTUAN TUNAI BUJANG
Untuk sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kali ketiga telah mula dibayar secara berperingkat bermula 26 Jun lalu. Pembayaran dijalankan secara pengkreditan ke dalam akaun penerima dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.
Kategori yang akan terlibat dalam pengagihan fasa ketiga ini adalah warga emas, isi rumah dan bujang. Bagi kategori bujang, ini merupakan bayaran terakhir yang akan diterima kerana fasa keempat tiada bayaran bagi kategori tersebut.
KADAR BAYARAN STR FASA 3
Kadar bayaran yang diberikan kepada penerima sedia ada ialah dari RM150 sehingga RM800. Jumlah adalah bergantung kategori kelayakan penerima.
Manakala bagi permohonan baru yang lulus, mereka akan menerima bayaran sehingga RM1,300. Ini disebabkan bayaran fasa 1 dan fasa 2 mereka tidak terima, jumlah mengikut kategori kelayakan.
RAYUAN STR BERMULA 3 JULAI
Baru-baru ini, ramai yang mendapati mereka berstatus tidak lulus walaupun menerima bayaran fasa 1 dan fasa 2. Bermula 3 Julai golongan tersebut boleh membuat permohonan rayuan STR, kepada yang layak akan menerima bayaran pada fasa berikutnya nanti.
Kepada mereka yang memerlukan disarankan untuk membuat rayuan kemaskini bagi mendapatkan insentif khas ini. Bayaran akan diberikan pada bulan November 2023 dan ia adalah pembayaran terakhir bagi STR tahun ini.
SEMAKAN STATUS BAYARAN
Kepada penerima yang masih belum dapat bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 3, anda boleh membuat semakan status secara atas talian. Sila layari laman rasmi bantuan tunai –MySTR
Anda perlu log masuk akaun menggunakan nombor kad pengenalan. Selepas berjaya log masuk, maklumat status bayaran anda akan dipaparkan pada skrin.
INFORMASI LANJUT
Kerajaan menerusi pelbagai agensi telah menyediakan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila semak kelayakan dan senarai bantuan yang ada dan boleh anda mohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.
Add comment