Bayaran STR Fasa 3 tidak lama lagi akan diagihkan selewat-lewatnya pada bulan Ogos nanti, di halaman ini dikongsikan berkenaan semakan tarikh dan jumlah bantuan.
Seperti yang telah dimaklumkan, kerajaan bersetuju melaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini dibawah Belanjawan 2024.
BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3
Sumbangan Tunai Rahmah adalah program yang diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun 2023 yang merupakan bantuan kewangan inisiatif rahmah. Melalui program STR ini, rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran pada kadar yang telah ditetapkan.
Pada tahun ini, kategori penerima yang terlibat adalah dari golongan B40 dan M40 bujang, warga emas dan isi rumah (berkeluarga).
Jumlah bantuan tunai yang ditawarkan adalah dari RM350 hingga RM3,700 setahun dan kadar ditentukan mengikut kelayakan kategori.
Kemaskini maklumat terkini, pembayaran bagi fasa 1 dan fasa 2 STR telahpun selesai diagihkan pada Januari dan April lalu. Pembayaran bagi fasa berikutnya iaitu fasa 3 akan dikreditkan pada Ogos 2024.
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3
Di bawah dikongsikan berkenaan tarikh jadual rasmi Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 :
- Bayaran STR Fasa (1) : Bermula 29 Januari 2024
- Bayaran STR Fasa (2) : Bermula 03 April 2024
- Bayaran STR Fasa (3) : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)
- Bayaran STR Fasa (4) : Bermula November 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)
Setiap fasa pengagihan bantuan tunai STR, kerajaan telah menetapkan jumlah mengikut kategori penerima.
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR TAHUN 2024
Kategori Keluarga (Isi Rumah) – Pendapatan RM2,500 sebulan (B40)
- Bilangan anak (0) : RM1,000 setahun
- Bilangan anak (1-2) : RM1,500 setahun
- Bilangan anak (3-4) : RM2,000 setahun
- Bilangan anak (lebih 5) : RM2,500 setahun
Keluarga (Isi Rumah) – Pendapatan RM5,000 sebulan (M40)
- Bilangan anak (0) : RM500 setahun
- Bilangan anak (1-2) : RM750 setahun
- Bilangan anak (3-4) : RM1,000 setahun
- Bilangan anak (lebih 5) : RM1,250 setahun
Kategori Belia Bujang & Warga Emas
- Bujang : RM350 setahun
- Warga Emas : RM600 setahun
KEMASKINI & SEMAKAN BAYARAN STR MENGIKUT FASA
Bagi orang awam yang merupakan penerima sumbangan tunai rahmah, semakan status bayaran dan kemaskini maklumat boleh dilakukan sepanjang tahun ini. Untuk semakan penuh sila ke pautan rasmi – Bantuan Tunai STR 2024
Pada tahun ini kerajaan banyak memperkenalkan program kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan khusus buat membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda memohon – RUJUK DISINI untuk info selengkapnya.
Add comment