Bayi perempuan maut ditetak bapa saudara

0

Seorang bayi perempuan berusia setahun maut akibat ditetak oleh bapa saudara sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Parit Mahang, Jeram di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam setelah berlaku pertengkaran mulut di antara suspek dan ahli keluarganya di salam sebuah rumah.

Sumber berkata suspek kemudiannya dikatakan keluar rumah setelah kejadian tersebut sebelum didapati mundar-mandir d tepi rumah.

Katanya, sejurus kemudian jeritan kedengaran dari rumah sebelah yang dihuni oleh adik iparnya.

“Suspek didapati telah menghayunkan parang panjang untuk menetak adik ipar dan anak saudaranya.”

“Hayunan pertama terkena pada anak saudaranya pada bahagian kepala sebelum suspek bertindak menetak adik iparnya,” katanya.

Suspek akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis yang hadir selepas menerima maklumat tersebut. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Ramli Kasa mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
K- ! ONLINE

Leave A Reply

Your email address will not be published.