Bergaduh sampai ke tengah jalan, aksi wanita ini menjadi perhatian

0

Satu rakaman video berdurasi 3 minit 37 saat menjadi tular di media sosial hari ini dimana di dalam vide tersebut terjadinya insiden pergaduhan melibatkan pengguna jalan raya yang dipercayai berlaku di sebuah daerah di Kelantan.

Di dalam video tersebut pada awalnya hanya berlaku pertikaian mulut antara pemandi kenderaan jenis Perodua Myvi dengan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna MPV jenis Perodua Alza.

Insiden pergaduhan itu menurut netizen didakwa terjadi apabila kedua-dua buah kenderaan nyaris terlibat dalam kemalangan.

Akibat berang dengan aksi provokasi di antara kedua belah pihak, pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi telah menendang bahagian MPV Perodua Alza sehingga menyebabkan pemandunya hilang sabar.


 

Kelihatan seorang wanita turut sama menendang salah seorang lelaki yang terlibat dalam pergaduhan tersebut sehingga salah seorang daripada mereka terseret sehingga ke tengah jalan raya. Sumber video Facebook Info-Jenayah Terkini Seluruh Malaysia

Leave A Reply

Your email address will not be published.