Berhenti hina hidung saya! – Siti Sarah

1

Menjadi bahan ejekan lantaran bentuk fizikal hidung yang kurang disenangi netizen sejak 30 tahun lalu menjadikan Siti Sarah Raisuddin terus merasa kecewa sampai hari ini.

Mana tidaknya sejak kecil lagi dia sudahpun menjadi mabgsa body shaming dan buntu untuk memikirkan jalan menghentikan hinaan tehadap dirinya

 

“Dari kecil smapai sekarang Sarah masih menghadapi masalah yang smaa iaitu orang pandang jijik mengenai bentuk hidung saya.”

“Saya tak tahu macam mana nak cakap dekat mereka untuk berhenti! Jauh di sudut hati saya dah tak boleh hadam benda ni sebab saya pun dah hadap selama lebih 30 tahun.

Luahan Siti Sarah di Instagram.

Penyanyi lagu Semakin ini menulis luahan kecewa itu menerusi Instagram. Bersama kapsyen tersebut turut disertakan paparan skrin komen seorang netizen yang mempersendakan mengenai hidungnya.

Sementara itu, Sarah berkata hinaan tersebut turut memberi kesan kepada keluarganya.

“Untuk makluman awak, segala kutukan awak fasal hidung saya satu keluarga baca suami dan anak-anak! Awak tahu tak? Orang sekarang ni terlalu teruk bab mengutuk fizikal orang.

“Bagi tahu dengan saya macam mana nak buat sebab Allah bagi saya hidung ni. Apa saya perlu buat? Menangis? Awak puas hati ke bila awak kutuk orang?

“Kalau awak berada di tempat saya, mungkin sekarang awak di wad gila! Ada manusia sekarang yang hitam hati dia, kutuk bukan-bukan fasal orang,” ujarnya.

Baru-baru ini, penyanyi Siti Nordiana turut meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila menjadi mangsa body shaming netizen yang memintanya memperbaiki gigi.

Sumber:Mstar

1 Comment
  1. Filem 10 Minit says

    Aku nengok ok je hidung dia ni…macam macam hal orang kalau semuanye tak kena.

    filem10minit.blogspot.com
    Filem Seram Pendek

Leave A Reply

Your email address will not be published.