Berlatih silat di dalam rumah, 8 pemuda dikompaun RM1500 langgar SOP

0

Petaling Jaya – seramai lapan orang lelaki yang menjalani latihan silat dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (PKP) di sebuah rumah di Bandar Utama.

Menurut laporan Harian Metro, selepas menerima aduan dari orang awam, sepasukan polis memeriksa kediaman itu pada 12.10 tengah malam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudi Abdul Hamid berkata yang kelapan-lapan mereka tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dalam tempoh PKP 3.0.

Polis mengeluarkan kompaun kepada setiap individu berusia 26 hingga 51 tahun. Diharapkan kita semua boleh bekerjasama patuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang wabak yang tengah melanda ketika ini.

Ingat guys, zaman norma baharu ini zaman kita mudah jatuh miskin. Nak buat apa-apa pun kena fikir banyak kali dan jangan langgar SOP ye!

Kredit : Harian Metro

Leave A Reply

Your email address will not be published.