BINGKAS : Bantuan Ewallet RM300 telah mula dikreditkan secara bulanan kepada senarai penerima yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Bantuan Ewallet RM300
Kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program inisiatif bantuan bulanan yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau bingkas.
Melalui skim bantuan ini, mereka yang berada dalam golongan keluarga B40 iaitu pendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 boleh kemukakan permohonan.
Bantuan bingkas ini ianya tidak diberi secara tunai, bantuan dikreditkan dalam bentuk ewallet bernilai RM300 sebulan. Amaun tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya berdaftar seluruh Selangor.
Untuk makluman, pada tahun lalu sekitar 30,000 isi rumah telah dapat manfaat daripada pemberian bantuan ewallet bingkas RM300 ini. Perlaksanaan bantuan Bingkas ini adalah bagi membantu meringankan beban keluarga agar dapat memperkukuhkan keharmonian.
Kriteria Syarat Layak Bantuan Ewallet Bingkas
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan kebawah (sebulan)
- Keluarga B40
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan keatas
- Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar.
Cara Mohon Bantuan Ewallet
Permohonan bantuan ewallet ini dibuka pada tahun ini selagi kuota masih ada, permohonan akan ditutup sekiranya dimaklumkan oleh kerajaan negeri. Untuk butiran lengkap dan panduan sila layari pautan rasmi bantuan – BINGKAS 2024
Info Lebih Lanjut
Kepada mereka yang terlepas pandang, kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan yang boleh dimohon pada tahun ini. Sila cek senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lebih lanjut.
Add comment