Biodata Ebit Lew : Pendakwah selebriti popular Malaysia

0

Biodata Ebit Lew : Menjadi pendakwah selebriti popular di Malaysia bukan sesuatu yang mudah. Begitu banyak kejian, tomahan serta pengkhianatan mungkin sudah menjadi makanan bagi para pendakwah Islam.

Artikel ini kami kongsikan serba sedikit biodata Ebit Lew

Sebelum menjadi popular, Ebit Lew hanyalah seorang individu biasa yang menjalankan perniagaan konsultansi. Bisnes utama syarikat beliau merupakan konsultansi keluarga sunnah, disamping menulis buku tarbiah serta dakwah islamiah.

Biodata Ebit Lew

Ebit Lew menjadi popular setelah beberapa video nya menjadi viral di media sosial berjumpa dengan ramai orang yang susah untuk dibantu melalui NGO Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Ini termasukkan berjumpa dengan gelandangan, remaja lorong, golongan pondan dan banyak lagi.

Baca juga : Pingat Emas Olimpik Filipina Di Olimpik Tokyo 2020

Video-video yang disunting indah serta penata bunyi yang baik menyentuh hati ramai orang yang bersimpati dan terus menerus menyumbang kepada dana tabung NGO yang dipimpin beliau.

Secara ringkasnya kami kongsikan biodata Ebit Lew

Nama penuh: Ebit Irawan bin Ibrahim Lew
Nama panggilan : Ebit Lew
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dari UPM
Umur : 36 tahun pada 2021
Tarikh lahir : 21 Disember 1984
Isteri : Mempunyai seorang isteri
Cahaya mata : Mempunyai 4 orang cahaya mata

Perniagaan Ebit Lew yang dijalankan sehingga kini

  • Ceramah motivasi & konsultansi keluarga sunnah
  • Restoran
  • Pasaraya Elews Mart
  • Content creator Youtube & FGacebook

Ebit Lew Islam sejak lahir

Bagi menjernihkan kekeliruan, Ebit Lew merupakan individu Islam sejak lahir. Namun mula berjinak dengan urusan dakwah ketika berusia 12 tahun.

Baca juga : Video Ebit Lew Tersebar, Ada Rancangan Jahat Nak Jatuhkan Beliau

Terpalit kontroversi

Sekembalinya Ebit Lew dari Palestin dalam misi bantuan Gaza pada pertengahan bulan Julai 2021, beliau terpaksa membuat sidang live bagi menjernih situasi apabila Caprice dan Nadir Al Nuri sempat menegur sikap sensitifnya terhadap anak yatim di Palestin serta ketelusan sumber dana yang diperoleh oleh NGO beliau dalam misi tersebut.

Untuk makluman, hak penjagaan anak yatim di Palestin adalah sesuatu yang sensitif dan hampir tiada langsung usaha penduduk disana untuk mewujudkan rumah anak yatim kerana persaudaraan yang kuat, anak yatim disana akan terus dijaga oleh ahli keluarga dan jiran terdekat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.