BKM Fasa 3 Tarikh Pembayaran dan Semakan
BKM Fasa 3. Berikut kami infokan tentang Bantuan Keluarga Malaysia baru sahaja selesai dibayar kepada semua penerima pada Jun 2022. Negara kita belum sepenuhnya pulih dari isu pandemik. Oleh hak demikian BKM atau Bantuan Keluarga diumumkan bagi merancakkan kembali aktiviti ekonomi dalam negara.
Bayaran BKM yang melibatkan semua kategori termasuk bayaran tambahan yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3 2022
Tiada tarikh tetap pembayaran BKM fasa 3 ini yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, ianya akan dibayar berperingkat mulai Jun 2022 sehingga pada hujung September 2022. Seperti yang sudah diketahui umum.
Jumlah Pembayaran BKM Fasa 3
Untuk jumlah pembayaran, ianya berbeza mengikut kategori status, umur dan pendapatan isi rumah masing-masing. Bagi pendapatan isi Rumah (RM0 – RM2500) bagi pemohon berumur 59 dan kebawah adalah seperti berikut
Bilangan anak | 0 | 1-2 | >2 @ 3 |
---|---|---|---|
Fasa 3 | RM200 | RM300 | RM400 |
Bagi penmdapatan isi Rumah (RM2501 – RM5000) bagi pemohon berumur 59 dan kebawah adalah seperti berikut
Bilangan anak | 0 | 1-2 | >2 @ 3 |
---|---|---|---|
Fasa 3 | RM100 | RM100 | RM100 |
Kategori Isi Rumah Pemohon Berumur 60 tahun dan ke atas
Bagi individu berumur 60 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan isi Rumah (RM0-RM2500) jumlah BKM akan diterima seperti berikut:
Bilangan anak | 0 | 1-2 | >2 @ 3 |
---|---|---|---|
Fasa 3 | RM500 | RM600 | RM700 |
Bagi pendap[atan isi Rumah (RM2501-RM5000) jumlah BKM akan diterima seperti berikut
Bilangan anak | 0 | 1-2 | >2 @ 3 |
---|---|---|---|
Fasa 3 | RM400 | RM400 | RM400 |
Kategori Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal (Tiada had umur pemohon)
Bagi pendapatan isi Rumah (RM0 – RM2500) jumlah BKM akan diterima adalah seperti berikut
Bilangan anak | 1-2 | >2 @ 3 |
---|---|---|
Fasa 3 | RM800 | RM900 |
Baca juga : Harga Proton HR-V Baru 2020
Bagi pendapatan isi Rumah (RM2501 – RM5000) jumlah BKM akan diterima adalah seperti berikut
Bilangan anak | 1-2 | >3 |
---|---|---|
Fasa 3 | RM600 | RM600 |
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai Anak
Bagi kategori ini mereka yang berumur 59 ke bawah dengan pendapatan isi rumah (RM0 – RM5000) dan juga mereka yang berumur 60 ke atas dengan pendapatan isi rumah (RM0 – RM5000) yang masing-masing akan menerima jumlah BKM sebanyak RM150 sahaja
Semakan Status Pembayaran BKM
Untuk semakan pula, semakan status pembayaran dan juga semakan status permohonan BKM boleh dibuat dengan login ke dalam pautan https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua dan ekonomi negara Malaysia dan rakyatnya juga beransur pulih seperti sediakala.
Saya lebih suka jadi pemberi daripada seorang penerima