BPKNS : Permohonan biasiswa pengajian Diploma anak Sarawak

0

Kepada anak negeri Sarawak yang sudah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di institusi pengajian tinggi awam (UA) boleh memohon bantuan biasiswa untuk anak Sarawak iaitu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
(BPKNS)

Sebagai satu insentif kewangan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, BPKNS terus komited dalam memastikan anak negeri Sarawak terus mendapat bantuan dalam pendidikan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)

Baca juga : PSU 4.0 : Permohonan & Semakan Program Subsidi Upah 4.0

SPANS adalah entiti yang mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di Universiti Awam dan IPTA.

Bila biasis ini akan dibuka ?

BPKNS akan dibuka bermula 2 Ogos 2021 dan akan ditutup pada 15 Ogos 2021.

BPKNS

Berapakah jumlah pembiayaan?

Pelajar akan menerima sejumlah wang untuk setiap semester mengikut lokaliti pengajian seperi dibawah

Untuk pengajian di negeri Sarawak : RM2500 per semester
Untuk pengajian di negeri Sabah : RM2750 per semester
Untuk pengajian di Semenanjung Malaysia : RM2850 per semester

Apakah syarat permohonan BPKNS ?

  • Peribumi Sarawak dan anak jati Sarawak
  • Pemohon telah mendapat surat tawaran di peringkat Diploma di IPTA/Universiti Awam.
  • Permohonan terbuka kepada semua kursus pengajian kecuali pendidikan dan perubatan sahaja.
  • Tawaran dibuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.

Bagaimana cara memohon BPKNS?

Sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  • Layari laman web berikut escholarship.sarawak.gov.my.
  • Klik butang ‘Log Masuk Untuk Memohon.’
  • Klik bahagian ‘Daftar Sekarang’ dan pilih jenis akaun iaitu MyKad.
  • Isi maklumat yang diperlukan dan buat pengesahan telefon bimbit.
  • Seterusnya log masuk dengan memasukkan Login ID dan klik butang ‘Teruskan.’
  • Masukkan kata laluan.
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  • Pemohon haruslah mencetak borang permohonan setelah selesai.
  • Pemohon seterusnya perlu menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected]

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen berikut perlu disertakan bersama dengan borang permohonan iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa pemohon.
  • Salinan Sijil Lahir pemohon.
  • Salinan Surat Tawaran IPTA.
  • Salinan sijil akademik terkini (SPM/keputusan semester terkini).
  • Salinan slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga (sekiranya tiada, sila sediakan pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Ketua Masyarakat/kaum masing-masing).
    Perlu diingatkan, semua dokumen tersebut wajib disahkan oleh Ketua Masyarakat/Ketua Kaum atau Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.

Baca juga : Pingat Emas Olimpik Filipina Di Olimpik Tokyo 2020

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BPKNS, sila hubungi pihak SPANS iaitu:

Catherina: 014-686 6089
Jesfer: 017-843 6031
Ali: 013-571 2425
Corina: 014-590 1677
Maltina: 014-588 0600

Leave A Reply

Your email address will not be published.